Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tong.kat] | توڠکت

Definisi : sekerat rotan (kayu dll) yg dipegang ketika berjalan (utk menyokong dll): apabila berjalan-jalan ia selalu membawa ~ semam­bunya; ~ ampai sj tongkat yg dipakai utk mencari mata air (sumber minyak dll), joran ampai; ~ kail batang (baur) kail; ~ membawa rebah prb orang yg diamanah­kan membuat sesuatu dia sendiri merosak­kannya; lagi ~ lagi senjata prb perihal seorang yg mendapat dua macam pertolongan dlm satu pekerjaan; patah ~ bertelekan (berjere­mang), habis hulubalang bersiak prb terus berusaha (tidak pernah putus asa); bertongkat memakai (membawa, memegang, dll) tongkat: yg capik datang ~; ~ lidah sumbing dan lebar mulutnya; ~ lutut (duduk, membongkok) bertelekan, berteleku pd lutut; ~ tangan (ruas) berteleku;~ jarum prb sesuatu yg mustahil diperoleh (ejekan); ~ senduk (tempurung) Mn, prb sudah tua sekali (orang); ~ tebu Mn, prb berjalan bersama-sama isteri atau kekasih; patah sayap ~ paruh prb tidak putus asa mengerjakan se-suatu dgn sehabis-habis usaha; bertongkatkan menggunakan sesuatu sbg tongkat: Tuk Penghulu berdiri dgn ~ sebatang kayu panjang sedepa; tidak beberapa lama kemudian tampillah seorang lelaki tua yg ~ sebatang lembing; menongkat 1. menopang, menunjang: ~ dagu menopang dagu; 2. ki menganjung-anjung, mempertinggi; ~ langit a) ki hidup di dunia seolah-olah sampai bila-bila atau selama-lamanya: masakan dia hendak ~ langit; b) berada dlm kedudukan yg tegak berdiri dan tinggi seolah-olah menopang langit: pohon-pohon nyiur yg ~ langit kian kabur pd pan-dangan; menara berkembar Petronas yg terpacak ~ langit; menongkatkan menurunkan tongkat sesuatu: ~ basikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kat] | توڠکت

Definisi : ; ~ ali sj tumbuhan (pokok), Grewia umbellata; ~ baginda sj tumbuhan (pokok renek), Eurycoma longifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tong.kat] | توڠکت

Definisi : sekerat kayu, rotan dll yg di­pegang ketika berjalan utk menyo­kong dll. bertongkat menggunakan atau membawa tongkat: ~ lutut duduk membongkok dgn bertelekan lutut. menongkat menopang; me­nun­jang: ~ dagu menopang dagu. ~ langit ki lama atau selama-lamanya (ttg hidup). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tongkat (kata nama)
Bersinonim dengan angkus, angkusa, kusa, toya, toyah, toyak, belantan, pentungan, gada, tembung;,
Kata Terbitan : menongkat,

Puisi
 

Barat daya kencang semalam,
     Tongkat patah titian roboh;
Apalah daya bujang semalam,
     Mengembang bunga di wajahnya subuh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Lagi tongkat lagi senjata.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lagi lauk lagi nasi).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
TongkatWan Jaafar AhmadBacaria26.07.2006
Tongkat Yang Hilang (Perginya Sasterawan Negara Usman Awang)Ridzuan KamisMingguan Malaysia09.12.2001
Tongkat Warrant deklamasikan sajak 'Kalau Pendatang2 Haram Jadi Ketul2Emas'TiadaUtusan Malaysia17.01.1979
Tongkat Warant hampir jadi anak wayangSiti Maryam IbrahimBacaria20.10.1983
'Tongkat' diramal terima anugerahTiadaBerita Harian31.10.1983
Tongkat PutihJ. SagulaSabah Times30.09.1990
TongkatBadrilla AbdullahUtusan Zaman13.06.1993
Tongkat Warant menang Anugerah Sastera NegaraTiadaUtusan Melayu18.11.1983
Tongkat Ali Madu LebahSahul HamidUtusan Zaman04.08.1996
Tongkat TuaRaibit RyimBorneo Mail12.01.1997
1234567

Kembali ke atas