Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.péng] | توڤيڠ

Definisi : (topéng) 1. sesuatu yg dipakai utk menutup muka yg berupa muka orang atau binatang dll (dibuat drpd kertas, kulit, dll), kedok; 2. penutup muka (supaya jangan di­kenali dll); 3. = main ~ sj pertunjukan wayang yg seluruh pelakonnya memakai topeng; 4. ki perkataan (perbuatan dll) yg muluk-muluk utk mengabui mata orang: dgn ~ simpati dan cintakan orang Melayu mereka hendak men­jajah; ~ gas alat bantu pernafasan yg dipakai utk melindungi seseorang drpd tersedut gas beracun; bertopeng menutup muka dgn topeng, memakai topeng, berkedok; bertopengkan, mempertopeng ki memakai sesuatu sbg topeng, memperkedok: dgn ~ tujuan mahu membela ekonomi bangsa, mereka memeras orang kampung; menopeng bermain topeng; menopengi 1. memberi (menjadikan) ber-topeng; 2. ki menyelindungkan (menyem­bunyikan) maksud sebenar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.péng] | توڤيڠ

Definisi : /topéng/ 1 penutup muka yg dibuat drpd kertas dll yg biasanya berupa muka orang, muka binatang dll. 2 ki perbuatan, kata-kata dll utk mengabui mata orang. ~ gas alat bantu pernafasan yg dipakai utk melindungi seseorang drpd tersedut gas beracun. bertopeng menutup muka dgn topeng. bertopengkan memakai sesuatu sbg topeng. menopeng memakai topeng. menopengi 1 memberi bertopeng; membubuh topeng pd: ~ muka. 2 ki melindungi maksud, perkara dll yg sebenarnya: Perlakuan yg sopan hanyalah utk ~ perbuatan tidak baik yg pernah dilakukannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
topeng (kata nama)
Bersinonim dengan kedok, penutup muka;,
Kata Terbitan : bertopeng,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Topeng-topengSafri aliMingguan Malaysia07.11.1993
Pementasan Topeng-Topeng-Utusan Malaysia17.04.2008
Cabaran olah puisi Baha: Fauziah Nawi ubah untuk tetaer Topeng-Topeng...Mohd Nasif BadruddinHarian Metro17.04.2008
Topeng Awang Batil - penglipurlara terpinggir : hanya Romli Mahmud tukang cerita yang masih hidupAdha GhazaliBerita Minggu30.03.2008
Topeng PolitikHairere ShuibBacaria27.10.1993
Topeng Tjirebon: seni tradisionil jang memerlukan perlindunganTiadaSinar Harapan03.04.1971
TopengNafas RUtusan Borneo22.05.1996
TopengMarsli N. OMingguan Watan12.01.1997
Topeng CintaPiscesBorneo Mail19.03.1995
TopengFadzilah Abd.MajidWarta Perdana29.08.1992
123

Kembali ke atas