Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tua.lang] | توالڠ

Definisi : 1. berterbangan ke sana sini (lebah dll); 2. tidak bertempat tinggal yg tetap (pengembara, pengemis, dll); 3. = orang ~ orang yg sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal tetap), pengembara; bertualang 1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran: dia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yg ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal; 2. selalu keluar rumah, suka merayau-rayau: dia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi; 3. melakukan sesuatu dgn nekad (curang, haram, dll): banyak kawannya yg suka ~, berdagang dsb; petualangan 1. perihal bertualang: semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya; 2. perbuatan nekad (tidak jujur dll); berpetualangan menjadi petualang: mengapa mesti ~? Kembalilah bersama anak isteri; petualang 1. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba meng­halangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tua.lang] | توالڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), sialang, Koompassia excelsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tua.lang] | توالڠ

Definisi : tidak tentu tempat tinggalnya; tidak mempunyai tempat tinggal yg tetap. bertualang 1 mengembara atau pergi ke mana-mana (tanpa tempat tinggal yg tetap). 2 berbuat sesuatu dgn tidak jujur; menipu. petualang 1 orang yg bertualang; orang yg tidak tentu tempat tinggalnya; orang yg mengembara. 2 orang yg mendapatkan sesuatu dgn cara menipu atau dgn cara yg tidak jujur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tualang
Kata Terbitan : bertualang, pertualangan, petualang,

Puisi
 

Ayam denak hujung tualang,
     Hutan batu bersimpul pulih;
Hak jinak menjadi jalang,
     Ke mana hatiku hendak boleh.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
TualangSiti Hawa Mohd. HassanBerita Minggu12.05.1986
Sebatang Tualang untuk PMSaroja Theavy BalakrisnanMingguan Malaysia16.05.2004
Peraduan karangan belia Tanjong TualangTiadaBerita Minggu23.07.1972
Kegiatan memburu, mengumpul madu lebah tualang dan nira gula enaudilihat dari segi upacara dan teater rakyatTaha Abdul Kadir, A. Rahim MarasidiWatan03.11.1996
Alat-alat memanjat dan mengambil madu lebah tualangTaha Abd. kadir, A. Rahim MarasidiWatan Minggu17.11.1996
Di Penjuru Matamu (Buat Mei Ling - Tg. Tualang)Chai Loon GuanBacaria27.12.1984

Kembali ke atas