[tu.lus] | تولوس
Definisi : = ~ hati = ~ ikhlas lurus hati, ikhlas, jujur, terus terang: dgn rasa ~ ikhlas ia menyambut panggilan orang itu; menuluskan menjadikan tulus (bersih, suci), membersihkan (niat dll): hendaklah tuluskan hatimu pd berbuat kebaikan kpd Allah; ketulusan perihal tulus; ~ hati kebersihan dan kesucian hati, kejujuran: manusia telah mensia-siakan kejujuran dan ~ hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tu.lus] | تولوس
Definisi : , = ~ hati (ikhlas) lurus hati; tidak ada tipu muslihat; jujur. ketulusan, = ~ hati kebersihan dan kejujuran hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)