Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.mang] | تومڠ

Definisi : sj pancang utk menyangga sesuatu (dijadikan tambatan khemah, kerbau, dll): tercabut ~ disentak oleh kerbau itu; ~ tungku ganjal yg diletakkan di atas tungku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.mang] | تومڠ

Definisi : ; menumang, menumangkan 1. tidak mahu menerima, menampik, menolak; tidak ~ lawan tidak memilih lawan, sangat berani; 2. berasa takut akan, gentar akan: apalah ditumangkan akan hal yg seke­cil itu; 3. berasa bimbang atau khuatir: per­kara biasa takkan kita ~kan; 4. sl membiarkan (tinggal), meninggalkan: jangan hamba seorang ditumangkan; tumang-menumang, tumang-menumang­kan 1. tinggal-meninggalkan, biar-membiar-kan: sama lebur sama binasa, di manakan tumang-menumangkan; 2. saling berbantah (tidak muafakat), bertelagah: maka barang sesuatu bicara dan pekerjaan, hendaklah muafakat, jangan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.mang] | تومڠ

Definisi : pancang kecil utk menyangga sesuatu (spt utk menambatkan tali khemah dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tumang


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
TumangTiadaSabah Times28.08.1994
Sepatah kata: tumangTiadaUtusan Borneo03.10.1996
Sepatah kata: tumangTiadaUtusan Borneo02.10.1996
Sejak Pak Kasa sakit, Semaun jadi tumang seluruh keluargaZakaria AhmadBerita Harian06.04.1975

Kembali ke atas