Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.pul] | تومڤول

Definisi : 1. tidak tajam, tidak runcing, majal, puntul: di tangannya kelihatan sebilah parang belitung yg agak ~; 2. ki susah mengerti (memahami), agak bodoh: otakmu terlalu ~ dan tidak satu pun yg dapat masuk ke dlm benakmu; 3. ki tidak berminat lagi, kurang perhatian, tawar hati: perasaanku semakin ~; 4. ki sudah berkurang (merosot dsb), sudah tidak lagi sama kesannya (hebatnya dll) spt sebelumnya: harapan Zizah menjadi ~; terdapat sudah tanda-tanda bahasa Malaysia mulai ~ sengatnya; menumpulkan menyebabkan (menjadikan) tumpul: utk ~ sokongan diplomatik terhadap kedudukan masing-masing; ketumpulan perihal tumpul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.pul] | تومڤول

Definisi : 1 tidak tajam; tidak runcing: Mata cangkul ini sudah ~. 2 susah hen­dak memahami; agak bodoh. menumpul­kan menyebabkan atau men­jadikan tumpul. ketumpulan keadaan atau hal tumpul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpul (adjektif)
1. Bersinonim dengan majal: puntul, muntul, ketul, pumpun, mampal,
Berantonim dengan tajam

2. Dalam konteks otak
bersinonim dengan majal, benak, bodoh, dungu, bebal, tele, tele-tele, tolol, tongong, ngong, bangang, bahlul, jahil, sukar mengerti, goblok.,


Puisi
 

Ambil parang cangkulkan tunggul,
     Tunggul ada berikat tali;
Rakyat kurang senjata tumpul,
     Rakyat di kota separuh mati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pisau tiada berbaja,
     makin dikilir bertambah tumpul.

Bermaksud :

Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rukiah Abu Bakar tumpul persepsinya?A. Wahab TahaWarta Tebrau21.01.1982
Rukiah Abu Bakar tumpul persepsinya?A. Wahab TahaWarta Teberau21.01.1982
Mundur kerana minda tumpulMohd. Shah AbdullahBerita Harian04.04.1990
Kalau Pena sudah tumpul..Man JoharBacaria01.12.1983
Apakah pena sasterawan veteran kita sudah tumpul?Norhisham MustafaMingguan Malaysia15.11.1987
Kini giliran Yahaya pecat anak buahnyaPena TumpulMingguan Kota27.11.1988

Kembali ke atas