Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.bi] | اوبي

Definisi : 1. umbi atau akar (pd tumbuh-tumbuhan tertentu) yg biasanya boleh dimakan; 2. sj tumbuhan yg menghasilkan umbi; ~ akas = ~ arak = ~ gadung sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ beng-gala ubi kentang; ~ ciabet = ~ pasir = ~ sabut sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea pentaphylla; ~ cina = ~ kastela = ~ kemili hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea bulbifera; ~ garut = ~ karut sj tumbuhan (herba), Maranta arundinacea; ~ jawa = ~ kelapa = ~ keledang = ~ kenduduk = ~ kipas = ~ manis = ~ menjangan = ~ merah = ~ nasi = ~ teropong = ~ tiang = ~ ular sj tum--buhan (pokok memanjat), Dioscorea alata; ~ kayu = ~ jenderal = ~ perancis sj tumbuhan (pokok kecil), Manihot utilissima; ~ keladi ubi drpd beberapa jenis keladi; ~ keledek = ~ jalar = ~ jawa = ~ ketela = ~ rambat sj tumbuhan (pokok menjalar), Impomoea batatas; ~ kelonak sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea prainiana; ~ kentang = ~ benggala = ~ gendang = ~ wolanda sj tumbuhan (pokok menjalar), Solanum tube-rosum; ~ kembili = ~ kemili sj tumbuhan (herba), Coleus tuberosus; ~ sengkuang sj tumbuhan (pokok memanjat), Pachyrrhizus erosus; ~ torak sj tumbuhan (pokok me-manjat), Dioscorea esculenta; ada ~ ada talas, ada budi ada balas prb barang siapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya; lamun ada ~, tiada ~, gadung jadilah prb jika tiada yg baik, yg kurang baik pun bergunalah; ubi-ubian pelbagai jenis ubi spt keledek, keladi, kentang dsb: makanan drpd kumpul-an nasi, mi, bijirin, roti, pasta dan ~ sebenar-nya berkalori rendah dan mengandungi sedikit lemak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.bi] | اوبي

Definisi : 1. sj ikan laut, Gobius giuris; 2. = ~ bujuk sj ikan darat, Ophicephalus lucius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.bi] | اوبي

Definisi : 1 akar atau umbi yg membesar dan selalunya boleh dimakan. 2 berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan yg mengeluarkan ubi 1. ~ garut nama sj herba, Maranta arundinacea. ~ kayu nama sj pokok kecil, Manihot utilissima. ~ keledek nama sj pokok renek, Ipomoea batatas. ~ kemili nama sj herba, Coleus tuberosus. ~ kentang nama sj pokok renek, Solanum tuberosum. ~ merah (nasi) nama sj herba memanjat, Dioscorea alata. ~ sengkuang nama sj herba, Pachyrrhizus erosus. ubi-ubian pelbagai jenis ubi, spt keledek, keladi, kentang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubi (kata nama)
Bersinonim dengan akar, umbi, isi.,

Puisi
 

Banyak ubi perkara ubi,
     Ubi Daik saya tanamkan;
Banyak budi perkara budi,
     Budi baik saya kenangkan.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ada ubi ada talas,
     ada budi ada balas.

Bermaksud :

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ubi Jaga Batin BuyungMalim Ghozali PKMingguan Malaysia08.04.2007
Ubi kemili, ginseng dan ramuan tradisionalJohan JaafarUtusan Malaysia23.09.1996
'Rebana Ubi sudah sebati dengan sayaHaspaizi Mohd ZainBerita Minggu31.08.2008
Senja Ubi GadungSalleh YaacobMingguan Malaysia27.03.1994
Rebana ubi terus diminati oleh masyarakat Kelantan hingga ke hariini..Nasir HassanBerita Harian29.10.1979
Rebana ubi penyeri majlis dan budayaMohd. Noor IsmailMingguan Malaysia23.03.1986
Rebana ubi bawa keasyikanTiadaMingguan Wanita17.02.1989
Rebana ubi kekal mewarisi perubahan zamanMohd. Nasir RaniWatan09.01.1995
Puchok Ubi Chabai PatahZainal ABerita Minggu01.04.1966
Rebana ubi menggema di KelantanRoslan BianMingguan Perdana05.05.1985
12

Kembali ke atas