Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.kap] | اوڠکڤ

Definisi : ; mengungkap mengangakan mulut utk bernafas (berkata-kata), ngap-ngap; terungkap-ungkap sekejap terbuka sekejap terkatup mulut (spt hendak bernafas), terngap-ngap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.kap] | اوڠکڤ

Definisi : ; mengungkapkan 1. mengeluar-kan atau melahirkan isi hati dll (dgn kata-kata, air muka, gerak-geri, dll), memaparkan (perasaan hati dll): sampai di mana dia ber-hasil dlm ~ persoalan-persoalan yg meng-goncangkan kalbunya; bibit-bibit kejayaan sudah dapat dilihat melalui murid-murid yg menggunakan bahasa Melayu dgn baik­nya utk ~ buah fikiran dan perasaan; 2. mengemukakan, memaparkan, menyatakan, atau menyampaikan (butir-butir): usaha menjadikan bahasa kita suatu bahasa yg moden yg boleh ~ ilmu Sains dan Teknologi yg sentiasa berkembang; terungkap dapat diungkapkan: sedangkan emosi itu memang tidak ~ oleh kata-kata dlm pemikiran kita; ungkapan 1. susunan kata yg digunakan dlm percakapan (tulisan), frasa atau rangkai kata yg tertentu susunan katanya: kemarahannya sering tenggelam dlm ~ yg indah dan sedap-sedap; 2. gabungan (kelompok) kata yg khusus (tertentu) utk menyatakan sesuatu maksud, simpulan bahasa; 3. = ~ muka perubahan air muka (menggambarkan perasaan hati); 4. (Mat) gabungan fungsi, pemalar, pemboleh ubah, dll; 5. (Komp) rumusan matematik yg dikodkan dlm bentuk suruhan atur cara; pengungkapan perihal (perbuatan dsb) meng-ungkapkan: dilafazkan mengikut sebutan, intonasi, dan gaya ~ yg fasih dan lancar; pengungkap 1. orang yg mengungkapkan sesuatu: dialah yg harus menjadi pencetus dan ~ bicara itu; 2. alat atau medium yg mengungkapkan sesuatu: bahasa, sastera dan budaya sebenarnya merupakan ~ wadah pe-mikiran seluruh anggota masyarakat; bahasa ~ kebudayaan yg dominan pd zaman itu ialah Sanskrit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.kap] | اوڠکڤ

Definisi : ; mengungkap membuka mulut utk bernafas. terungkap-ungkap sekejap terbuka dan sekejap terkatup mulut (spt hendak bernafas); terngap-ngap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ung.kap] | اوڠکڤ

Definisi : ; mengungkap mengeluarkan atau melahirkan perasaan dgn kata-kata, gerak-geri dll. ungkapan 1 susunan kata yg mempunyai maksud tertentu dan digunakan dlm tulisan dan juga dlm pertuturan. 2 simpulan bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ungkap
Kata Terbitan : mengungkapkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ungkap pemikiran pelbagai kaum, latarSaiee DrissUtusan Sarawak21.02.2009
Ungkap tema cinta dalamOng Boon TeckBacaria21.01.1987
Ungkap kebenaran melalui puisiAl Abror Mohd. YusofMetro Ahad13.05.2001
Aswara ungkap makna Hari Seniman 2008Azman Ismail dan Amirul Annuar AbidinUtusan Malaysia23.06.2008
Zakiah ungkap sejarah Tanah MelayuSazaliah Mat RaniHarian Watan28.07.1997
Imam ungkap isu pembinaan umat IslamSahul HamidBerita Harian24.12.1997
OTC ungkap perasaan orang tak siumanNor Akmar SamudinHarian Metro05.06.2004
Arus Balik ungkap pergolakan politik JawaBaharin RamlyBerita Minggu14.01.1996
Taburkan Bunga ungkap pelbagai tema dan persoalanAdiputraWatan25.08.1996
Rimba Harapan ungkap kisah sosial, ekonomi Melayu terancamRashid Haji AhmadUtusan Malaysia06.05.1986
12

Kembali ke atas