Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ung.kit] | اوڠکيت

Definisi : ; ungkang-~ = ungkit-ungkit bergerak-gerak turun naik, jungkat-jungkit; mengungkit 1. mengangkat (menaikkan) dgn hujung tuas dll, mengumpil, mengungkil: ~ pintu; 2. = mengungkit-ungkit menimbul-nimbulkan (perkara yg telah lalu), membang-kitkan-bangkitkan, mengungkat-ungkat: jangan ~ perkara lama; sudah suratan takdir, sudah nasib diri, tak guna diungkit lagi; tidak dapat diungkit dgn besi hangat prb a) perihal dua orang yg amat berkasih-kasihan yg tidak dapat dicerai-ceraikan; b) perihal orang yg tidak mahu berpisah dr temannya kerana seronok bercakap-cakap; ungkit-mengungkit saling mengungkit (menimbul-menimbulkan perkara yg telah lalu): demi keharmonian dan perpaduan keluarga, janganlah kita ~ lagi perkara yg telah berlalu itu; pengungkit alat yg digunakan utk meng-ungkit, pengumpil, tuas; pengungkit-ungkitan perbuatan mengungkit-ungkit: sering berlaku perdebatan dan ~ mengenai bangsa yg ingin dibangunkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ung.kit] | اوڠکيت

Definisi : ; mengungkit 1 mengangkat atau menaikkan dgn tuas dll. 2 = mengungkit-ungkit ki menimbulkan perkara yg sudah-sudah; membangkit-bangkit: Jangan suka ~ perkara lama, nanti buruk akibatnya. pengungkit alat yg digunakan utk mengungkit; tuas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ungkit
Kata Terbitan : mengungkit, mengungkit-ungkit, pengungkit,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Mengapa lantekan jawatankuasa baru DPMP di-ungkit-ungkit?Normah H. MBerita Harian14.04.1972
'Ungkit' bukan istilah kejiZain MahmoodUtusan Malaysia16.05.1991
Tengku dinasihat jangan ungkit soal bahasaTiadaUtusan Melayu08.10.1977
GPMS gesa orang ramai jangan ungkit dasar yang dipersetujuiTiadaUtusan Malaysia18.07.1986
Kenapa keburukan P. Ramlee diungkit-ungkit?AbiUtusan Malaysia08.11.1984

Kembali ke atas