Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya menjalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.ru.san] | اوروسن

Definisi : 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Urusan AkhirS. M. SalimUtusan Melayu21.07.1995
Urusan meminang melalui telefonAbdullah HusseinUtusan Zaman01.03.1998
Panduan urusan kredit dalam bahasa MalaysiaTiadaBerita Minggu09.04.1995
Pengarah urusan yang bekerja sepanjang 24 jamZabhaUtusan Melayu28.10.1982
Pengarah Urusan TV3 ditahan di bawah ISATiadaMingguan Malaysia01.11.1987
Bersih makam urusan Jabatan WarisanTiadaKosmo06.03.2007
Nasihat Pengarah UrusanZakry AbadiBacaria20.12.1986
Kerumitan dalam urusan tanah masih belum selesaiPak SakoUtusan Zaman04.01.1981
Kuasai format urusan rasmiBambang SM SaidHarian Metro14.06.2004
Bahasa Melayu dalam urusan kerajaanTiadaUtusan Malaysia29.11.1997
123

Kembali ke atas