Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya; bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : kelainan drpd keadaan yg biasa. bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu: Teknik yg ~ digunakan utk menangani projek itu. memvariasikan menjadikan bervariasi: Usaha utk ~ cara atau kaedah pengajaran diharapkan dpt membantu mengatasi rasa bosan para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata variasi


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Variasi Batik wacana seni kotemporariAzman IsmailUtusan Malaysia17.09.2007
Variasi teater Abdul Aziz H. M: tradisi masih dikekalkanKhalid IbrahimMingguan Timur26.07.1981
VariasiSuwanlerd Pro PoulBacaria28.08.1989
Variasi skrip drama dalam PTK 2001Siti Rohayah AttanUtusan Malaysia (Sastera dan Budaya)04.07.2001
Variasi puisi Aziz DeramanAkhbar:  Berita Harian21.06.2003
Suatu Variasi KetamadunanAinudin Ja'farUtusan Malaysia09.05.1997
Slanga variasi perosak korpus bahasa MelayuAnajBerita Harian04.11.1993
Nanamun Mantanani: variasi baru dalam dunia teaterWan Ahmad IsmailUtusan Malaysia07.04.1989
Banyak kelainan dan variasi bahasa yang telah digunakanSahlan Mohd. SamanUtusan Melayu03.02.1985
Kartunis harus cari variasiJoha AhmadUtusan Malaysia07.12.1994
12345678910...

Kembali ke atas