Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ha.na] | واهان

Definisi : saluran atau perantaraan (yg me­mungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yg layak menjadi bahasa ilmu utk ~ pemikiran dan utk pengembangan budaya bangsa; lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda; RTM seharusnya menjadi ~ komunikasi ilmu dan sekali gus ~ komunikasi budaya yg berkesan; berwahanakan menggunakan sesuatu (spt bahasa) sbg wahana: keperluan khusus yg ~ bahasa asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ha.na] | واهان

Definisi : 1 alat (spt kenderaan, kenaikan) utk membawa orang atau barang: Di taman hiburan itu, terdapat berbagai-bagai ~ spt kuda pusing dan kereta langgar yg disukai oleh kanak-kanak. 2 alat utk melahirkan atau menyampaikan fikiran, perasaan dsb: Lukisan kartun sering digunakan orang sbg ~ propaganda. Perkara yg sering dipersoalkan ialah mampukah bahasa Malaysia menjadi ~ ilmu pengetahuan tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wahana (kata nama)
Bersinonim dengan alat, saluran, perantaraan, medan.,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Wahana kehidupanAl HisyamUtusan Melayu (Sastera dan Budaya)16.03.2001
'Kepezi' wahana kesinambungan kesusasteraan MelayuRazali EndunSiasah15.06.2008
Tisu wahana lukisan A SamadHayati HassanBerita Harian23.06.2007
Bahasa wahana komunikasi dalam karyaRaja Sabaruddin AbdullahBerita Minggu11.06.1995
Novel wahana komunikasi saya bersama pembaca: Salina [diwawancara oleh Hassan Omar]Salina IbrahimBerita Harian25.12.2003
Sastera sebagai wahana perpaduan kaumNazmi YaakubBerita Harian23.05.2006
Debat sebagai wahana pembinaan tamadunJaafar Abdul RahimBerita Harian09.11.2000
Mana satu wahana, wacanaFoziah TaibBerita Harian27.12.1995
Kemanusiaan jadi wahana PelitaAbdul Jalil IshakBerita Harian22.02.1996
Bahasa Melayu wahana perkembangan teknologi maklumatDaniel Jebon JanaunBorneo Mail06.12.1996
123

Kembali ke atas