Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : Ar 1. sesuatu yg diberikan utk kegunaan orang ramai (sbg derma), sesuatu yg diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dsb yg berkaitan dgn agama Islam; sumur (telaga) ~ sumur (telaga) yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (utk perkuburan, mendirikan masjid, dll); 2. badan (institusi) yg dibentuk yg ada kaitan dgn agama Islam; berwakaf memberikan sesuatu (tanah, harta, dll) utk keperluan (kegunaan) umum atau keagamaan; mewakafkan memberikan (tanah, harta, dll) utk kegunaan orang ramai, memberikan se­suatu utk hal atau keperluan yg berkaitan dgn agama: pokok manggis itu diwakafkan kpd sesiapa yg tidak mempunyai pokok manggis dlm paraknya; pewakaf orang yg mewakafkan sesuatu: ~ berkuasa menentukan orang yg bertanggungjawab sbg pentadbir harta wakafnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : Ar tempat berhenti sebentar (mem­baca dll), jeda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.kaf]/[wa.qaf] | وقف

Definisi : diuntukkan bagi kegunaan umum (sbg derma atau sedekah): telaga ~ telaga yg dibuat utk orang ramai; tanah ~ tanah yg diuntukkan bagi keperluan agama (spt utk perkuburan, utk mendirikan masjid). mewakafkan memberikan harta benda atau tanah utk kegunaan orang ramai; memberikan sesuatu utk hal-hal yg berkaitan dgn agama: Raja Mokhtar telah ~ anjung rumahnya utk dijadikan surau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wakaf (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan sedekah, hadiah, derma, sumbangan, pemberian;,
Kata Terbitan : mewakafkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Wakaf bukti Islam agama bertamadunMohamad Tajuddin Mohamad RasdiUtusan Malaysia12.07.2007
Wakaf Korporat undang Mohd Ali Hashim-Utusan Melayu21.05.2007
Wakaf HutangHakimi IbrahimBerita Minggu05.04.1998
Wakaf Di KuburanAdmua M. NMingguan Watan05.02.1995
Wakaf Peran diskusi ahli akademikAkhbar:  Harian Metro24.04.2004
Di Wakaf Insan antologi puisi 30 banduan-Utusan Malaysia26.03.2008
Buku wakaf ITNM rapatkan masyarakatAkhbar:  Kosmo27.12.2005
Di Masjid Wakaf BaruDjazlam ZainalMingguan Malaysia09.06.1996
Rafidah lancar 'Wakaf' dan 'Suara'TiadaUtusan Malaysia30.04.1992
Di Sebuah WakafAsmui MustapaMingguan Malaysia23.11.1980
12

Kembali ke atas