Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[wa.ras] | وارس

Definisi : 1. sihat, sembuh (jasmani): dia tidak hendak masuk bekerja kerana kurang ~ rasa badannya; 2. sihat rohani (mental, ingatan); kurang (tidak) ~ akalnya (ingatannya, otaknya, fikirannya) bp gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna (dapat berfikir dgn baik); 3. berdasarkan taakulan (bkn pertimbangan, keputusan dsb), menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, rasional: keputusan itu dibuat mengikut pertimbangan yg saksama dan ~;mewaraskan mewajarkan tindakan, emosi dsb dgn memberikan penjelasan, fakta dsb yg logik atau dapat diterima akal, merasionalkan: sambil menghirup kopi, dia mencari-cari alasan bagi ~ tindakannya tidak pulang ke kampung selama itu; dia hanya diminta ~ fakta atau pandangan yg dikemukakan dlm rencananya; kewarasan perihal waras, keadaan sihat (tubuh), keupayaan berfikir (bkn otak atau fikiran); ketidakwarasan perihal atau keadaan tidak waras (tubuh, otak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[wa.ras] | وارس

Definisi : tidak sakit (bkn fikiran); dpt menggunakan akal fikiran: kurang ~ (akalnya, otaknya) gila; fikiran yg ~ fikiran yg sihat dan sempurna. kewarasan hal atau keadaan waras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
waras (adjektif)
Bersinonim dengan sihat, sembuh, pulih, betah, baik, sempurna.,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
WarasA. Jalil AwangMingguan Watan02.04.1995
WarasHasidah DisanUtusan Zaman22.01.1995
Berfikir waras mengenai masa depanJohan JaafarBerita Minggu28.09.2008
Perbuatan tidak warasFaizatul Farlin Farush KhanHarian Metro08.08.2007
Memilihlah dengan warasJohan JaaffarMingguan Malaysia22.02.1998
Hanya orang kurang waras tolak tawaran NoordinKhairana SabtuBerita Minggu16.06.1996
Bagaimana menjadi pengkritik warasNurhalim IsmailBerita Harian03.03.1983
Ulama sastera perlu waras kawal hujahImlan AdabiBerita Harian (Sastera & Budaya)27.11.2001
Keris Mas: penghargaan yang warasTiadaBerita Minggu26.04.1981
Filem harus ditapis secara waras[Johan Jaafar]Utusan Malaysia16.03.1995
12

Kembali ke atas