Kamus Sains.indb Bara bercahaya pada permukaan anod dalam tiub nyahcas bara. (FIZ) anodyne (anodin) Sesuatu yang dapat melegakan rasa sakit, biasanya ubat. Contohnya, opium dan morfina. (UBAT) anoestrus (anestrus) Masa haiwan tidak berahi atau tidak mengawan. Sinonim anestrum. (BIO) anogenital (anogenital) Berkaitan dengan dubur dan genitalia. (UBAT) anomaly (anomali) Kelainan yang ketara daripada biasa, khususnya berkaitan dengan kecacatan sejak lahir. Kecacatan ini mungkin
|