Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak.
Bermaksud : Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil anak besar onak).
277 Don't jump out of the frying pan into the fire Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar. Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump out of the frying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped. Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
|