Kamus Sains.indb jangkitan streptokokus atau stafilokokus. (UBAT) implant (implan) Sebarang bahan seperti tisu, bahan lengai atau bahan radioaktif yang ditempel- kan atau dimasukkan ke dalam tubuh. (UBAT) implantation (implantasi) Pelekatan blastosista ke lapik epitelium rahim dan penyusupannya ke dalam epitelium tersebut. Pada manusia, blastosista membenam ke dalam lapik pa- dat endometrium pada hari keenam atau ketujuh selepas persenyawaan ovum. (UBAT) implication (implikasi) Pernyataan majmuk yang berbentuk “Jika p, maka q”, dengan p dan q me- wakili pernyataan. Dalam
|