Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1 masuk atau dimasukkan ke dlm sesuatu sehingga penuh: Berita ttg peperangan di Vietnam ~ halaman kedua surat khabar hari ini. 2 mencapai sesuatu yg diperlukan; meluluskan atau menyampaikan permintaan dll; menunaikan; mengabulkan: Baginda tidak dpt ~ syarat-syarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Peribahasa

Kalau tiada emas sepiak,
     kerja di mana boleh jadi.

Bermaksud :

Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
sistem kom- puter yang baru diperoleh. Ujian penerimaan dilakukan setelah sistem berada di tempat kerja pelanggan dan siap dipasang serta diuji oleh pembekal. Ujian ini bertujuan untuk memastikan sistem tersebut memenuhi semua keperluan dan jangkaan pengguna seperti yang tercatat dalam perjanjian pembekalan. (KOM) acceptor stem (batang penerima) Cabang molekul tRNA yang membawa asid amino. (BIO) access (capaian) Proses memasuki ruang simpanan Pusat atom yang bercas positif dan terdiri daripada proton dan neutron (kecu- ali hidrogen yang hanya mempunyai satu proton). Hampir keseluruhan jisim atom tertumpu pada nukleus walaupun jisim ini hanya memenuhi isi padu yang kecil. Kewujudan nukleus atom mula dicadangkan oleh Rutherford daripada keputusan uji kaji penyerakan zarah alfa. (KIM) atomic radius (jejari atom) 1. Jarak di antara nukleus atom dengan

Kembali ke atas