Kamus Sains.indb Bahagian paling atas rentetan rod penyedut yang digunakan untuk mengangkat bendalir dari dasar telaga ke permukaan dengan kaedah pengepaman rod. Rod ini mempunyai diameter yang seragam dan digilap dengan licin. Tujuannya bagi mengurangkan geseran semasa bergerak dan supaya pengedapan tekanan di kotak asakan yang dipasang di bahagian atas kepala telaga lebih berkesan. Dengan demikian, kecekapan pengepaman rod meningkat dan tidak terjadi pegun di kawasan yang menghasilkannya. Peredaran siklonnya lemah dan terbaur. (HID) thermal method (kaedah terma) Kaedah perangsangan reservoir minyak. Dalam kaedah ini, tenaga terma disun- tikkan ke dalam reservoir tersebut. Tujuannya adalah untuk meninggikan suhu reservoir sehingga menurunkan nilai kelikatan minyak yang terdapat dalam reservoir berkenaan. Dengan cara ini, minyak yang mulanya likat dan susah untuk mengalir akan menjadi lebih cair
|