apa | kata bantu yang diletakkan selepas kata ganti nama saya, kami, dia, kamu yang membentuk rangkai kata saya apa (sepa), dia apa (depa), hang apa (hampa) yang membawa maksud semua atau sekalian. | Kedah |
apau | sejenis pisang yang biasanya dijadikan perencah gulai, masak lemak, dan sebagainya. | Kedah |
apam | sejenis penganan yang dibuat daripada tepung beras, santan dan ibu roti dan dibakar, (dimakan dengan kuah lemak manis). | Kedah |
antap | berkenaan tubuh kanak-kanak yang berat, bertubuh atau gemuk padat, montel; hantap. | Kedah |
anoq | sejenis alat pengangkutan beroda atau tanpa roda yang dibuat daripada kayu, berbentuk seperti tangga yang panjangnya kira-kira dua meter, ditarik oleh kerbau atau lembu, digunakan untuk mengangkut barang, padi dan lain-lain. | Kedah |
angin-angin | kipas pusing yang dibuat daripada buluh, papan, upih, kertas dan sebagainya yang digerakkan oleh angin untuk mainan, baling-baling. | Kedah |
anak-anak | anak ikan haruan yang masih kecil dan berwarna merah. | Kedah |
anak tangga | sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan dan gula, dimasak sehingga pekat, kemudian dibungkus dalam daun pisang sebesar jari dan dikukus. | Kedah |
anak lebah | emping yang digoreng supaya rangup. | Kedah |
anak kedak | sejenis ikan darat seperti ikan haruan dan bersirip merah. | Kedah |