Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ring] | کريڠ

Definisi : 1. tidak berair atau sudah tidak berair lagi (bkn saluran air, parit, dll): saluran air yg membekalkan air ke sawah semuanya hampir ~ disebabkan kemarau panjang; 2. tidak basah (lagi) atau lembap (lagi): digosoknya dgn sehelai kain yg ~ hingga berkilat; sudah pun ~ kain yg dijemur itu; ikan ~ ikan yg telah dijemur hingga kering (setelah dibubuh garam dll); kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan telur (digoreng dan disira dgn air gula); 3. tidak mendapat hujan yg agak mencukupi (bkn daerah, kawa­san, dsb), tidak turun hujan utk jangka waktu yg berpanjangan (bkn musim), kemarau: kawasan ~; musim ~; 4. sudah tidak datang haid lagi; 5. tidak berwang (lagi), habis (wang dll): saya tidak dapat meminjamkan wang kerana saya sendiri pun ~ sekarang ini; 6. habis, putus: sejarah tidak ~ dgn peristiwa; ~-~ air tidak kering sama sekali, lembap; ~ darah(nya) tersirap darahnya (sangat ter­kejut); ~ embun pagi hari kira-kira pukul 8 ­9 pagi; tak ~ gusi tak putus-putus ketawa atau mudah ketawa (kerana kelucuan dll); ~-kelontang (-kerontang, -kontang) kering sama sekali atau tidak berair sedikit pun (bkn tempayan, perigi, dll); ~ kersang kering tidak subur (bkn tanah); ~ ringkai kering sekali (bkn sesuatu yg dijemur); mengering menjadi kering; mengeringi membiarkan supaya menjadi kering (tidak berair), membiarkan kering; mengeringkan menjadikan kering, meng­usahakan (dgn menjemur dll) supaya kering: mereka menggali parit kerana hendak ~ tanah-tanah paya; ikan-ikan itu dikeringkan atau dibubuhi garam sebelum dibawa ke bandar; ~ darah menyirapkan darah (sangat memeranjatkan, mengejutkan); kekeringan 1. perihal (keadaan, sifat) kering; 2. sudah menjadi kering, tidak basah (berair) lagi: semua parit ~ dlm musim kemarau itu; tekak masing-masing ~ kerana kehausan; 3. tidak lagi di laut dll (bkn perahu), terletak di darat (bkn perahu); 4. kehabisan wang; pengeringan perihal (perbuatan dsb) menge­ringi atau mengeringkan: ~ tanah sawah; pengering alat utk mengeringkan (udara dll): ~ rambut alat utk mengeringkan rambut yg basah (selepas mandi dsb); balang ~ balang utk mengeringkan bahan kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : bunyi spt bunyi loceng basikal; berkering berbunyi spt bunyi loceng basikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : sj ikan laut, Centriscus scutatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ring] | کريڠ

Definisi : 1 tidak berair: daun ~; Baju yg dijemur itu sudah ~. 2 tidak turun hujan; kemarau: musim ~. 3 ki habis wangnya; tidak berwang. mengering menjadi kering. mengeringkan menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. kekeringan 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. pengering alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kering (adjektif)
1. Bersinonim dengan kemarau: kontang, ringkai, timpas, usang, cerin, cering, kasang, kesang, dangkal, tohor, tidak berair, tidak turun hujan tidak basah, tidak lembap lagi,
Berantonim dengan basah

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pokai, habis duit, tidak berwang lagi,

3. Dalam konteks durian
bersinonim dengan dengkel, tidak berisi,

Kata Terbitan : mengeringkan, kekeringan,

Puisi
 

Kucing kurus menggaru papan,
     Papan bernama papan jati;
Kurus kering bukan tak makan,
     Kurus kering memakan hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Kering tempayan,
     cebok pun jauhlah.

Bermaksud :

Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(40)

478

When the wolf comes in at the door, love creeps out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)