Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal rumah dan kehidupan dlm rumah, rumah dgn keluarga yg men­diaminya; berumah tangga 1. mengurus rumah tangga, berkeluarga: pendapatan dan umurnya sudah cukup utk dia ~; 2. berkahwin (beristeri atau bersuami): sebelum aku mati mahulah aku melihat engkau ~ dulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 segala yg berkaitan dgn urusan rumah atau kehidupan dlm rumah. 2 perkahwinan: ~ yg bahagia. mendirikan ~ berkahwin. berumah tangga berkahwin (sama ada beristeri atau bersuami). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dayang Juita berjalan kaki,
     Rumah buruk tangga sembilan;
Menyuruh gila apakan jadi,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Memelihara penyengat dalam baju.

Bermaksud :

Mempunyai musuh dalam rumah tangga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Bahasa Daerah

KataTakrifBahasa Daerah
adanpengadang yang dipasang di pintu, tangga dan sebagainya, untuk menyekat kanak-kanak keluar rumah.Kedah

Kembali ke atas