ricket | riket | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Penyakit kecacatan tulang di kalangan kanak-kanak yang membesar disebabkan oleh kekurangan vitamin D dalam tubuh yang mengakibatkan kurangnya penyerapan kalsium. Di kalangan orang dewasa penyakit ini dikenali sebagai osteomalasia yang mengakibatkan tulang menjadi lembut. |
oral self-mutilation | mencederakan mulut sendiri | Pergigian | Tiada | Perbuatan mencederakan tisu mulut sendiri dalam kalangan kanak-kanak. Perbuatan ini diperoleh melalui tabiat yang dilakukan berulang kali. Insiden ini lebih meluas dalam kalangan kanak-kanak cacat mental. Kanak-kanak yang mencederakan diri sendiri dianggap tidak normal dari segi psikologi dan perlu mendapatkan penilaian psikologi dan rawatan. Tisu yang kerap dicederakan ialah bibir, gusi, lidah dan mukosa mulut. Alat pelindung tisu atau kekangan boleh digunakan bagi mengendalikan kes ini. |
managing diversity | pengurusan kepelbagaian | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan pihak pengurusan sumber manusia mengenal pasti dan mengiktiraf perbezaan atau kelainan yang wujud dalam kalangan individu dan kumpulan dalam sesebuah organisasi. Pengurusan kepelbagaian ini penting untuk memastikan toleransi dan harmoni dicapai dalam kalangan tenaga kerja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bagi mencapai matlamat organisasi. Tindakan pengurusan adalah dengan memberikan pendedahan dan latihan kepekaan yang berbeza mengikut perbezaan keperluan individu atau kumpulan dalam organisasi. Contohnya, menyediakan prasarana dan kemudahan di tempat kerja yang sesuai untuk golongan kelainan upaya. |
pawn qualification rate | kadar kelayakan gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Peratusan tertentu daripada nilai barang gadaian yang boleh diberi sebagai pinjaman. Kadar ini boleh berbeza dalam kalangan pegadai berdasarkan kemampuan dan strategi pasaran. Kadar ini boleh berbeza dalam kalangan penggadai berdasarkan kebolehpercayaan kredit masing-masing. Kadar ini boleh berubah-ubah mengikut masa sebagai insentif bagi mewujudkan hubungan jangka panjang antara penggadai dengan pegadai |
linguistic circle | kalangan ahli linguistik | Linguistik | Tiada | Tiada |
alteration halo | kalangan perubahan | Geologi | Tiada | Tiada |
international society | masyarakat antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang menyatakan negara berupaya menubuhkan satu masyarakat dalam kalangan mereka sendiri berasaskan persetujuan bersama dalam mengadakan peraturan dan institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan hubungan mereka. Peraturan dan institusi yang berkaitan pula dikekalkan kerana mereka mempunyai kepentingan bersama. Konsep ini berbeza dengan konsep masyarakat dunia yang berasaskan perkongsian identiti dalam kalangan individu dan masyarakat antarabangsa berasaskan negara sebagai unit utamanya. Contohnya, masyarakat antarabangsa yang wujud sehingga hari ini ialah Kesatuan Eropah. Kesatuan ini terdiri daripada beberapa buah negara Eropah yang telah bekerjasama dalam banyak hal, termasuk dalam bidang keselamatan dan ketenteraan. Kerjasama antara negara anggota ini mampu dikekalkan disebabkan kepentingan bersama. |
dulosis | dulosis | Biologi | Entomologi | Perhambaan di kalangan semut. Dalam perhambaan ini, semut sesuatu spesies menawan semut spesies lain untuk dijadikan pekerja, misalnya semut perang yang hidup dan bekerja di dalam sarang semut merah. hetolisme. |
variation | kepelbagaian | Biologi | Genetik | Perbazaan di kalangan individu dalam spesies yang sama. |
dulosis | dulosis | Biologi | Ekologi | Penghambaan di kalangan semut. Misalnya, semut perang hidup di dalam sarang yang sama dengan semut merah dan bekerja untuk semut merah. |