Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. membongkar, memecahkan, merosakkan: rumah-rumah yg buruk telah dirombak beransur-ansur; ~ adat (aturan, per­­­janjian, dll) menghapuskan atau me­niada­kan adat (aturan perjanjian dll); ~ dapur Kl selesai bersalai (perempuan yg telah ber­salin); 2. menyusun semula (dgn meminda atau membongkar semuanya): dia ~ susunan kabinet dgn menyingkirkan beberapa orang tokoh komunis; undang-undang itu patut dipinda dan dirombak supaya sesuai dgn negara Malaysia yg merdeka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 membuka sesuatu yg sudah dijahit atau yg sudah dipasang; membongkar: ~ jahitan; ~ rumah. 2 menyusun atau mengatur kembali: Beliau telah ~ susunan kabinet dgn menyingkirkan beberapa orang tokoh komunis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rombak
Kata Terbitan : merombak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
business process re-engineeringperekayasaan semula proses perniagaanPengurusanPerancanganStrategi perniagaan oleh pihak pengurusan atasan dengan menganalisis dan mereka bentuk semula proses operasi dan aliran kerja dalam organisasi. Pendekatan perekayasaan semula adalah dengan mengkaji secara menyeluruh dan merombak proses kerja dalam organisasi untuk memenuhi kepuasan pelanggan dan pihak berkepentingan yang lain. Tujuan utama strategi ini adalah untuk mengurangkan kos operasi dan memperoleh kelebihan dalam persaingan. Contohnya, tindakan sesebuah organisasi yang merombak secara keseluruhan proses kerja yang sebelumnya dilakukan secara manual, dan memperkenalkan kaedah kerja baharu menggunakan teknologi maklumat dan secara dalam talian.
reverse engineeringkejuruteraan membalikEkonomiTiada1. Apabila pekerja-pekerja tempatan telah mempelajari dan memperoleh idea baru daripada teknologi yang diimport, dan seterusnya merombak balik mesin dan teknologi yang diimport itu, memperbaik serta memajukannya hingga seolah-olah menjadi satu teknologi ciptaan yang baru pula.
turnaround strategystrategi pemulihanPengurusanPerancanganPendekatan drastik yang diambil oleh pihak pengurusan untuk menyelamatkan organisasi daripada masalah yang dihadapi. Organisasi perlu membuat keputusan dan melakukan tindakan yang besar untuk memastikan perubahan segera dan memberikan impak ketara untuk bertahan dalam persaingan. Antara tindakan strategi pemulihan adalah dengan menukarkan ketua organisasi, merombak struktur organisasi, memindahkan lokasi operasi, dan membentuk visi dan misi baharu organisasi.

Kembali ke atas