electrophoresis | elektroforesis gel | Sains Forensik | Tiada | Kaedah untuk memisahkan makromolekul seperti protein dan asid nukleik dalam medium gel dengan menggunakan medan elektrik. Ahli forensik menggunakan agarosa atau poliakrilamida sebagai medium gel untuk memisahkan fragmen DNA secara elektroforesis. Hasil elektroforesis gel ialah pemisahan fragmen DNA mengikut saiz dalam bentuk jalur-jalur seperti kod bar yang boleh digunakan untuk perbandingan antara sampel DNA yang diuji. |