Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sistem (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan aturan: peraturan, susunan, struktur, kaedah, prosedur, metode, teknik, cara, fesyen, stail, polisi, panduan, tertib, ketetapan, ketentuan,

2. Bersinonim dengan proses: metodologi, strategi, pendekatan, aliran, perjalanan, pelaksanaan, perancangan, penilaian, pemantapan, penerapan,

3. Rujuk undang-undang 2

Kata Terbitan : bersistem,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
political systemsistem politikPentadbiranPentadbiran Awam

Set institusi formal yang membentuk kerajaan atau pemerintah seperti kabinet, kehakiman, parlimen dan pilihan raya. Sistem ini merangkumi struktur yang jelas, fungsi dan peranan yang menyeluruh serta mempunyai matlamat yang hendak dicapai. Di samping institusi formal ini, sistem politik turut melibatkan tingkah laku politik individu dan organisasi yang sentiasa saling berinteraksi dan bersaing. Secara umumnya sistem politik ini merupakan sebahagian dari keseluruhan sistem sosial yang lebih besar dalam masyarakat. Terdapat beberapa jenis sistem politik yang berbeza biasanya berasaskan ideologi tertentu seperti monarki, demokrasi, komunis dan fasis.

civil libertieskebebasan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKebebasan orang ramai dalam melakukan sesuatu tanpa melampaui batas perlembagaan. Kebebasan ini merupakan hak individu dalam sesebuah negara yang merdeka. Hak ini amat bernilai bagi memastikan sesebuah sistem politik itu berkembang dan berfungsi, khususnya dalam sistem politik demokrasi. Kebebasan awam merangkumi pelbagai bidang seperti kebebasan bersuara, beragama, mengeluarkan pendapat, bergerak, berorganisasi dan mendapat pengadilan yang saksama. Bagi sesetengah negara, kebebasan awam dinyatakan secara bertulis dalam perlembagaan namun terdapat juga negara yang tidak menyatakannya secara bertulis. Hak ini amat penting bagi melindungi rakyat daripada sebarang tindakan kekerasan atau tidak berperikemanusiaan oleh mana-mana golongan ataupun kerajaan.
political systemsistem politikSosiologiTiadaTiada
revolutionrevolusiSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama.
collectivismkolektivisme/faham kolektifSejarahTiadaSistem politik-ekonomi yang dicirikan oleh kawalan kolektif khususnya dalam pengeluaran dan pengagihan barangan dan perkhidmatan, berlawanan dengan sifat pasaran bebas.
subversionsubversifUndang-undangTiadasesuatu yang bertujuan untuk melemahkan atau memusnahkan sistem politik, kerajaan, agama dan lain-lain dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit.
intermittent political systemsistem politik sela-menyelaSains PolitikTiadaTiada
allocations of valuesperuntukan nilaiSains PolitikPolitik PerbandinganPenerapan nilai positif dalam sistem politik sesuatu masyarakat yang menjadi panduan kepada seseorang individu, organisasi atau badan pentadbir. Nilai yang terdapat dalam masyarakat merupakan elemen penting yang dibuat untuk mengukuhkan tahap perkhidmatan. Penerapan ini penting untuk mencapai prestasi perkhidmatan yang cekap, bersih dan terhindar daripada gejala negatif. Contohnya penerapan nilai-nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
industrial revolutionrevolusi perindustrianSains PolitikHubungan AntarabangsaRevolusi yang berlaku di England sekitar tahun 1750 yang menandakan permulaan operasi perkilangan secara moden dengan penggunaan jentera dan perkembangan skala ekonomi, pengenalan sistem upah dan perusahaan perniagaan korporat. Revolusi ini merupakan permulaan peralihan sistem politik tradisional kepada sistem politik moden.
absolute deviationselewengan mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganPenyimpangan daripada amalan yang lazim diamalkan dalam konteks sistem politik atau pemerintahan yang bersifat mutlak. Penyelewengan ini berlaku melalui dasar, pentadbiran, ideologi dan sebagainya yang boleh meninggalkan kesan yang besar kepada sesebuah negara. Contohnya, dasar Perestroika dan Glasnost yang diperkenalkan oleh Mikhail Gorbachev di Soviet Union pada tahun 1987 yang menyimpang daripada tradisi sistem komunis Soviet Union.
12345678910...

Kembali ke atas