price followers | pengikut harga | Ekonomi | Tiada | Firma-firma dalam pasaran yang terbuka kepada persaingan yang tidak berkuasa mempengaruhi harga dan hanya mengikut sahaja harga yang ditetapkan oleh firma yang menjadi pemimpin harga, atau jika tidak, akan keluar sahaja daripada persaingan tersebut. |
constitutional monarchy | pemerintahan raja berperlembagaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sistem pentadbiran beraja berasaskan perlembagaan. Raja berada di kemuncak hierarki pemerintahan berperanan untuk menggubal dan melaksanakan dasar-dasar petadbiranan sesebuah negara mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang. Dalam konteks ini, Raja tidak berkuasa mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh Perlembagaan. Bagi melaksanakan pemerintahan, Raja tidak memegang kuasa secara langsung, tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Baginda menjalankan tugas secara simbolik dan menjadi lambang perpaduan serta tonggak kekuasaan. Pemerintahan raja berperlembagaan menetapkan raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat tersebut. |
default powers | kuasa ingkar | Undang-undang | Tiada | Kuasa yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi apabila tidak dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawahnya. |
abuse of power | penyalahgunaan kuasa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Penggunaan kuasa secara tidak sah. Situasi ini wujud apabila pihak yang memiliki kuasa menggunakan kuasa tersebut untuk mengeksploitasi keadaan atau merugikan pihak lain tanpa boleh dijustifikasikan. Penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku apabila pihak berkuasa tidak berusaha secara bersungguh-sungguh mengadili pihak yang menyebabkan eksploitasi, kecederaan atau kerugian kepada pihak lain. |
gag | gam | Komunikasi | Tiada | Arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa secara tidak formal untuk melarang seseorang individu atau kumpulan tertentu daripada diberi liputan oleh syarikat media. |
protected variety | varieti terlindung | Pertanian | Agronomi | Varieti yang telah di senaraikan oleh pihak berkuasa supaya tidak boleh bertukar tangan; dijual beli atau dibawa keluar negara. Iia tertaklut kepada hak pembaik baka. Contohnya bijibeneh betik eksotika (F1) tidak boleh dijual di luar negara. |
conspiracy | konspirasi | Sejarah | Tiada | Pakatan sulit untuk tujuan negatif, biasanya berupa komplot untuk menghancurkan seseorang atau pihak berkuasa yang tidak disenangi. |
arbitrary arrest | penangkapan sewenang-wenang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan pihak berkuasa memegang dan tidak melepaskan seseorang dengan zalim, iaitu tanpa bukti orang tersebut telah melakukan jenayah atau tanpa mengikut peruntukan undang-undang. Perbuatan ini bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Penangkapan sewenang-wenang juga bertentangan dengan hak kebebasan diri yang dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. |
kharaj | cukai tanah | Perniagaan Islam | Tiada | Cukai yang dibayar kepada pihak berkuasa yang dikenakan kepada pengusaha tanah kharajiyyah sama ada beragama Islam atau tidak. Cukai tanah boleh dibayar berdasarkan kekerapan hasil pengeluaran atau dibayar setahun sekali mengikut budi bicara pihak berkuasa. Sekiranya berdasarkan kekerapan hasil pengeluaran, cukai ini dikenali sebagai kharaj muqasamah. Sekiranya berdasarkan tempoh setahun sekali, cukai ini dikenali sebagai kharaj masahah atau wazifah. Sinonim daribah aradiy. |
digital signature | tandatangan digital | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu ID pelanggan yang disulitkan yang telah didaftarkan dengan pihak berkuasa. Tandatangan digital membolehkan identiti pengirim dokumen/e-mel ditentusahkan dan memastikan dokumen yang dikirim tidak diubah suai. Individu yang mengirim dokumen beserta teknologi digital tidak dapat menafikan bahawa dia telah mengirim dokumen tersebut. Terdapat dua jenis tandatangan digital iaitu tandatangan yang disulitkan oleh pengirim sendiri dan sijil digital tersulit. Tandatangan digital ini akan dilampir bersama emel atau dokumen yang dikirim. Syarikat MyCert (MIMOS Berhad) adalah contoh pihak berkuasa tandatangan digital di Malaysia. |