major | major; besar; utama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Besar: Sesuatu yang tidak kecil.,Utama: Sesuatu yang terpenting atau terbaik.,Major: Sebahagian atau sebilangan besar. |
monolithic array | tatasusunan monolitik | Teknologi Maklumat | Perisian | Konfigurasi asas yang secara fizikalnya agak besar dan tidak dapat dimuatkan dalam kabinet rak yang piawai. Konfigurasi ini lebih sesuai untuk persekitaran yang berskala besar. Sistem storan seperti ini menyediakan protokol bagi kerangka utama sebagai tambahan kepada saluran gentian dan iSCSI bagi sistem terbuka SAN. Contohnya, EMC Symmetrix, Fujitsu ETERNUS 8000/6000, Hitachi Lightning &TagmaStore USP dan Sun StorEdge 99xx. |
vugh | vug | Pertanian | Tiada | Lowong besar yang tidak nalar dan biasanya tidak bersambung dengan lowong-lowong lain yang mempunyai saiz yang sama. |
عدالة | keadilan | Agama Islam | Fiqh | Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil. |
available nutrient | nutrien tersedia | Pertanian | Agronomi | Mineral dalam tanah yang terlarut dalam bentuk ion dan mudah diserap oleh akar tumbuhan. Contohnya, nitrat dalam tanah yang mampu diserap oleh tumbuhan untuk kegunaannya. Tanah mengandungi banyak unsur mineral tetapi sebahagian besar tidak dapat diserap oleh tumbuhan kerana mineral itu terikat dalam batuan atau bahan organik. |
euryopia | euriopia | Perubatan | Tiada | Bukaan mata yang besar dan tidak normal. |
disuse theory | teori tidak diguna | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang mengutamakan amalan atau kegunaan. Mengikut teori ini, perlakuan yang tidak diamalkan akan menjadi lemah atau lenyap meskipun diberikan rangsangan. Sekiranya sesuatu hubungan rangsangan dengan perlakuan tidak diperkukuhkan dalam masa tertentu, lama-kelamaan perlakuan itu berkemungkinan besar tidak akan mengikut rangsangan yang diaplikasikan. Contohnya, dalam teori kognitif, ingatan terhadap sesuatu akan luntur sekiranya jarang atau tidak digunakan. |
Pisces | Pisces (Ikan) | Matematik | Tiada | Buruj zodiak hemisfera utara yang besar tetapi tidak jelas kelihatan berhampiran dengan Pegasus. Buruj ini mengandungi satu bintang magnitud ketiga dan beberapa bintang magnitud keempat. |
quasi-stationary front | perenggan kuasipegun | Sains | Hidrometeorologi | Perenggan yang kedudukannya tidak (hampir tidak) berubah pada carta sinoptik berturutan. Dalam keadaan ini, besar kemungkinan gangguan bergelombang perenggan akan terbentuk. |
moderate sea | laut ombak sederhana | Geografi | Tiada | Perihal sifat gelombang yang tidak terlalu besar atau tinggi untuk mengancam nelayan atau pelayaran. |