issue tray | wadah pinjaman | Perpustakaan | Tiada | Tiada |
cased sleeve | lengan wadah | Kesenian | Tiada | Lengan panjang pakaian wanita yang mempunyai bahagian fabrik yang berselang-seli dengan pita sisip. Dipakai pada tahun 1810 hingga 1820-an. |
cased sleeve | lengan wadah/lengan kasing | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
ruffles heading | kepala ropol | Kesenian | Tiada | Bahagian atas garisan wadah lisu atau kedut lepas pakaian dan hiasan rumah. |
conidium | konidium | Biologi | Mikologi | Spora kulat yang dihasilkan tidak di dalam wadah tertutup secara aseks melalui pengecutan sterigma atau bahagian hifa. konidiospora bd. spora. |
bleed | jujuh | Kejuruteraan | Petroleum | Mengeluarkan sebahagian atau seluruh bendalir yang terdapat di dalam sesuatu tempat atau wadah yang umumnya dilakukan perlahan-lahan melalui injap atau paip yang disebut peleleh. |
Malaysian Theatre Festival | Festival Teater Malaysia | Kesenian | Drama dan Teater | Program pementasan peringkat kebangsaan di Malaysia yang dijalankan secara tahunan mengikut peringkat negeri dan zon yang menjadi wadah penggiat teater mempamerkan kreativiti. Festival ini merupakan lanjutan daripada Pesta Tarian dan Drama yang diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada awal tahun 70-an hingga 1980-an. |
romantic poetry | puisi romantik | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik. |
literature | kesusasteraan | Kesusasteraan | Tiada | Karya bersifat imaginatif yang tampil dalam bentuk prosa, puisi, dan drama, sama ada berbentuk sastera bertulis ataupun lisan. Pada awalnya, kesusasteraan mencakupi karya sastera dan bukan sastera, tetapi kini cakupannya lebih meluas kerana kesusasteraan juga merujuk kepada pelbagai bentuk karya seperti undang-undang, falsafah, sejarah, roman, kitab, adab dan sebagainya. Sifat kesusasteraan dapat dilihat dari aspek ekstrinsik dan intrinsiknya. Ditinjau dari sudut ekstrinsik, kesusasteraan ialah satu institusi budaya yang menampung nilai-nilai masyarakat. Karya sastera dapat memperlihatkan perubahan nilai budaya yang dilalui oleh sesebuah masyarakat mengikut peredaran zaman, dan dapat bertahan sepanjang zaman serta menjadi wadah untuk menyampaikan dan melestarikan nilai-nilai tradisi. Jika ditinjau dari aspek ekstrinsik, kesusasteraan boleh diertikan sebagai hubungan antara teks dengan pengarang, dan antara teks dengan khalayak. Dari satu segi, kesusasteraan merupakan luahan persepsi dan peribadi pengarangnya, |