Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata -logo

Puisi
 

Hujan panas berderai-derai,
     Derai mula dari hulu;
Di sini kita bercerai,
     Di akhirat kita bertemu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seperti badak terentak.

Bermaksud :

Orang tambun dan hodoh.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

48

Don't bite off more than you can chew

Jangan lakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang tidak mampu ditangani atau yang melebihi kebolehan diri.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam

Don't bite off more than you can chew. This mega project is far too complex to be handled by a single person. You'd better forget.

Baru bertatih hendak berlari, tersembam. Projek raksaksa itu terlalu rumit dan sukar untuk kau tangani seorang. Lebih baik kau lupakan sahaja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(49)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
interior monologuemonolog dalamanKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang melibatkan pengucapan batin seseorang watak yang ditemui dalam karya sastera. Bagi pengarang, monolog dalaman menjadi alat untuk mendedahkan perasaan, pergolakan batin dan fikiran watak yang tidak dilahirkan dalam bentuk dialog. Oleh itu, monolog dalaman dianggap suatu proses mental watak yang dikongsi bersama dengan pembaca. Monolog dalaman juga boleh dirujuk sebagai bhagian atau keseluruhan teks yang merakamkan pemikiran, perasaan, persepsi dan memori watak tanpa sebarang perantaraan seolah-olah pembaca dapat menembusi mindanya. Monolog disampaikan dengan menggunakan teknik aliran kesedaran yang menekankan kecelaruan dan pengabaian logik dengan penggunaan ayat yang tidak teratur, serta idea yang tergantung dan tidak mengikut kronologi. Teknik monolog dalaman mendapat tempat dalam penulisan pada awal abad ke-20 apabila penulis mula mementingkan psikologi watak berbanding plot. Penulis masyhur dari Barat yang menggunakan teknik ini termasuklah James Joyce, Virginia Woolf dan William Faulkn
dramatic monologuemonolog dramatikKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang membenarkan watak mendedahkan perasaan dan fikirannya secara langsung kepada penonton. Istilah ini dikaitkan dengan sajak Robert Browning seperti �My Last Duchess� dan �The Bishop Orders His Tomb�. Sajak-sajak ini menyampaikan fikiran dan perasaan watak dalam situasi dramatik. Dalam teater tradisional Melayu seperti makyung dan wayang kulit, teknik ini dikenali sebagai ucap tetap. Contohnya, semasa watak Pak Yung memperkenalkan dirinya secara monolog kepada khalayak dalam cerita Raja Bongsu Sakti. Selain itu, teknik ini juga terdapat dalam bangsawan dan drama Shakespeare. Contohnya, adegan dalam drama Hamlet, �To be or no to be� merupakan monolog dramatik.
marrated monologuemonolog terkisahKesusasteraanTiadaTeknik lakonan dalam bentuk monolog dan karya terhasil daripada pemikiran dalam watak yang dibuat secara tidak langsung. Monolog terkisah biasanya melibatkan penceritaan orang ketiga. Dalam sesebuah karya yang mengandungi monolog terkisah, pengarang berada di luar cerita dan hanya menceritakan kejadian yang berlaku kepada watak berasaskan pemikiran dalaman watak itu sendiri. Justeru, monolog terkisah lebih banyak menceritakan peristiwa yang berlaku dalam mental atau pemikiran seseorang watak.
monologicmonologikKesusasteraanTiadaPerihal menggunakan suara penulis dalam sesebuah karya. Karya monologik ialah karya yang menggunakan satu suara, iaitu suara penulis yang mengongkong suara setiap watak. Konsep ini diperkenalkan oleh pengkritik Rusia, iaitu Mikhail Bakhtin yang menggunakan novel karya Tolstoy bertajuk War and Peace sebagai contoh karya monologik. Dalam karya ini, Tolstoy banyak mengawal pertuturan watak-wataknya.
monotrophemonostrofKesusasteraanTiadaPuisi yang terdiri daripada satu rangkap atau yang mempunyai baris-baris rangkap yang sama dari sudut sukatannya.
montagemontajKesusasteraanTiadaKaedah yang digunakan oleh pengarang untuk melahirkan makna atau suasana dalam karya. Kaedah ini melibatkan gabungan beberapa unsur penceritaan, peristiwa secara bertentangan atau jukstaposisi. Gabungan unsur penceritaan yang pelbagai sering dibuat tanpa susunan yang teratur atau logik sehingga memberi kesan tertentu kepada khalayak. Montaj banyak terdapat dalam bidang seni reka, drama dan filem. Dalam kesusasteran, penggunaan montaj ditemui dalam novel dan cerpen yang menggunakan pelbagai bentuk teknik penceritaan, khususnya dalam karya berbentuk tak konvensional. Makna atau kesan yang terdapat dalam cerita disampaikan melalui susunan peristiwa atau unsur yang saling bertentangan dan bukannya melalui susunan yang teratur seperti dalam karya konvensional. Montaj biasanya disampaikan melalui monolog dalaman watak dalam karya. Contoh penggunaan montaj dapat dilihat dalam novel bertajuk Daerah Zeni oleh A. Samad Said.
moodmoodKesusasteraanTiadaKeadaan fikiran atau perasaan penulis yang menyelubungi pengkaryaannya. Mood kadangkala ditukar ganti dengan nada kerana cakupannya meliputi sikap pengarang terhadap subjek yang ditanganinya, tetapi dibezakan sedikit dengan suasana kerana tidak meliputi aspek latar dan perincian fizikal. Mood pengarang boleh berubah-ubah, sesuai dengan perubahan keadaan fikiran atau perasaan watak yang berlaku dalam cerita. Istilah mood berasal daripada Inggeris lama yang bermaksud �hati, perasaan, fikiran dan semangat�.
moralmoralKesusasteraanTiadaPengajaran yang diperoleh daripada sesebuah karya, sama ada disampaikan secara terang-terangan atau secara tersirat. Dalam kesusasteraan Melayu, penulis sering memaparkan moral cerita menggunakan pelbagai teknikm sama ada melalui penulisan novel, cerpen, puisi, dan seumpamanya. Cerita yang dipaparkan biasanya membawa moral yang baik. Cerita yang ditulis untuk pendidikan mempunyai nilai moral yang lebih jelas. Lihat juga cerita moral, moral akhiran.
epimythiummoral akhiranKesusasteraanTiadaSenarai ringkas tentang unsur pengajaran moral yang terdapat pada bahagian akhir sesuatu fabel (karya sastera rakyat). Unsur pengajaran moral berkenaan menjadi salah satu unsur yang penting sebagai bahan pemikiran dan pendidikan kepada pembaca. Jika senarai moral tersebut terdapat pada bahagian awal fabel, senarai berkenaan dinamai promythium. Dalam kesusasteraan Melayu, moral akhiran dapat dilihat pada bahagian akhir cerita dalam Hikayat Sang Kancil atau Hikayat Pelanduk Jenaka. Contohnya, dalam cerita Sang Kancil dengan Siput yang melibatkan perlumbaan antara kedua-duanya, terdapat nasihat agar jangan bersikap sombong terhadap orang yang lebih kecil atau lemah daripada kita. Kadangkala orang yang kecil atau lemah memiliki kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada orang lain. Sang Kancil yang sombong akhirnya berjaya ditewaskan oleh siput dalam pertandingan lumba itu. Lihat juga cerita moral.
moro-moromoro-moroKesusasteraanTiadaDrama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme.
12345678910...

Kembali ke atas