Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
percentilepersentilMatematikTiadaSalah satu daripada 99 nilai yang membahagikan seset data kepada 100 bahagian yang sama. 99 nilai ini yang ditandai dengan P1, P2, ..., P99 memenuhi syarat bahawa 1% daripada data kurang daripada P1, 2% kurang daripada P2, ..., 99% kurang daripada P99. Bandingkan desil, kuartil.
parent nuclidenuklid indukFizikAtom dan NuklearNuklid radioaktif yang mengalami pereputan radioaktif dan membentuk nuklid anak. Contohnya, nuklid induk Mo-99 mereput kepada Tc-99.
aluminium conductorpengalir aluminiumTeknikElektrikPengalir elektrik yang mengandungi 99% aluminium tulen. Pengalir dari bahan ini tidak sesuai untuk dijadikan pengalir yang berukuran kurang daripada 10 mm persegi, kerana mudah patah dan kesan kakisannya tinggi. Oleh itu, pengalir ini biasanya tidak bertebat dan dijadikan pengalir talian atau pengalir haba yang baik untuk perkakas elektrik, seperti cerek dan tapak seterika. Pengalir aluminium mempunyai kealiran 62%, dan jika dibandingkan dengan kuprum, harganya dua kali ganda lebih murah dan 50% lebih ringan, tetapi oleh sebab rintangannya jauh lebih tinggi berbanding dengan kuprum, pengalir aluminium merupakan pengalir yang kurang baik.
glacial acetic acidasid asetik glasialKimiaTiadaAsid asetik yang 99.8% tulen, bebas daripada air dan menghablur pada 16.6oC.
einsteiniumeinsteiniumKejuruteraanTiadaUnsur radioaktif bersimbol Es dan bernombor atom 99.
glacial acetic acidasid asetik glasialKimiaTiadaAsid asetik yang 99.8% tulen, bebas daripada air dan menghablur pada 16.6oC.
blister coppertembaga kerapuKimiaTiadaHasil perantara dalam pembuatan tembaga yang mengandung 98.5 - 99.5% tembaga.
GemingaGemingaMatematikTiadaPunca sinar gama yang amat kuat di buruj Gemini. Lebih daripada 99% output kuasanya berada dalam julat spektrum sinar gama.
absolute alcoholalkohol mutlakHerbaPemiawaianCecair tidak berwarna yang boleh meruap, mengandungi sekurang-kurangnya 99.5% etanol per isi padu/berat (campuran minimum 0.5% air) dan berformula molekul CH3CH2OH. Cecair ini digunakan sebagai pelarut dalam pengekstrakan herba untuk pemiawaian. Sinonim alkohol dehidrasi.
proteinaseproteinaseBioteknologiTiadaEnzim proteolisis terutama endopeptidase, iaitu EC sub-sub kumpulan 3.4.21-99.
123

Kembali ke atas