anaesthesia preoperative evaluation (APEC) clinic | klinik penilaian prabedah anestesia (APEC) | Perubatan | Tiada | Klinik khas yang digunakan oleh pakar anestesia untuk menilai keadaan fizikal pesakit sebelum pembedahan. Kes anestesia ambulatori dan kes elektif yang rumit biasanya akan dirujuk ke klinik ini sebelum pembedahan. |
anaesthetic clinic | klinik anestesia | Perubatan | Tiada | Klinik khas yang digunakan oleh pakar anestesia untuk memeriksa pesakit sebelum pembedahan. Lihat juga klinik penilaian prabedah anestesia (APEC). |
alliance | perikatan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Permuafakatan dua atau lebih negara yang bersetuju untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang. Terdapat dua jenis perikatan utama, iaitu perikatan defensif bagi mempertahankan diri daripada serangan atau ancaman pihak luar. Kedua, perikatan ofensif yang bertujuan menyerang pihak lain. Contohnya, pada masa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Britain serta Eropah Barat membentuk ikatan kerjasama menentang pihak Fasis. Selain tujuan peperangan, ikatan kerjasama juga dimeterai dalam bidang perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan sukan. Contoh perikatan ialah ASEAN, APEC, NATO dan SEATO. |