Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bedoyobedoyoMuzikTiada

 Tarian istana yang wujud dari Jawa Tengah pada abad ke 16. Bedoyo ditarikan oleh sembilan orang penari wanita yang diiringi oleh gamelan lawa. Tarian ini dipersembahkan semasa upacara pertabalan, hari keputeraan dan majlis perkahwinan di istana.

bangsawanbangsawanMuzikTiada

Opera Melayu yang merupakan teater baru pada abad ke-19 dan abad ke-20. Bangsawan terdiri daripada cerita, muzik instrumental, nyanyian solo dan berkumpulan serta selingan yang dikenali sebagai extra-turn, Cerita atau watak adalah tentang golongan bangsawan. Bangsawan dipersembahkan di pentas prosenium dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri daripada alat muzik Barat, India dan Melayu. Dalam bangsawan, cerita Melayu, Arab, Cina, Barat dan India dipentaskan. Manakala tarian dan muzik pula menggabungkan ciri Barat, Melayu, Arab, Cina dan India. Teater ini mempunyai ciri persamaan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stambul dan ketoprak dari Jawa Tengah, ludruk dari Jawa Timur, zarzuela dari Filipina, likay dari Thailand dan hat cat luong dari Vietnam.

stambulstambulMuzikTiada

Teater atau opera popular yang wujud di Surabaya pada abad ke-19 dan abad ke-20. Stambul ialah singkatan daripada perkataan Istanbul. Pada awal kemunculannya, cerita Timur Tengah dipentaskan. Kostum dengan tarbus merah dari Turki atau Arab dipakai semasa pertunjukan teater ini. Unsur cerita Cina, Jawa dan Eropah ditambah secara beransur-ansur. Teater ini diiringi muzik Barat dan keroncong stambul yang dimainkan oleh orkestra Barat dan dipentaskan di pentas prosenium untuk hiburan rakyat jelata. Stambul mempunyai persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti likay di Thailand, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Filipina, bangsawan di Malaysia dan hat cai luong

cotehardiekotehardiKesenianTiadaPakaian luar sama sendat paras paha, berlengan panjang sendat, garis leher jeluk dan dikancing pada bahagian tengah hadapan ke paras pinggang. Popular pada abad ke-14 dan ke-15.
colonialkolonialSains PolitikPolitik PerbandinganNegara atau bangsa yang menjajah masyarakat atau negara lain. Penjajah biasanya terdiri daripada bangsa atau negara yang kuat dari sudut ketenteraan, ekonomi, sosial dan politik. Konsep ini berkembang seiring dengan kemunculan konsep negara bangsa di Eropah pada abad ke-13 yang membawa kepada kemunculan beberapa bangsa atau negara yang melakukan penjajahan secara langsung terhadap masyarakat luar Eropah seperti di Afrika, Amerika Latin, Timur Tengah dan Asia dari abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Namun begitu, tidak semua bangsa atau negara Eropah itu penjajah. Contoh negara kolonial ialah Sepanyol, Perancis dan Great Britain.
French backbelakang baju PerancisKesenianTiadaBahagian belakang pakaian yang mempunyai tiga kelim. Satu di tengah belakang, dua terletak di kiri dan kanan yang melengkung ke arah keruk lengan. Tujuannya untuk menghasilkan bentuk pakaian yang lebih kemas. Popular pada akhir abad ke-19 dan 20.
Prince Albert coatkot Putera AlbertKesenianTiada1. Kot prok bres dubel berkolar lapel daripada fabrik baldu. Dipakai untuk menghadiri upacara rasmi pada akhir abad ke-18 hingga tahun 1920.,2. Kot sama sendat berbres dubel, paras lutut, berlapel dan berkolar lipat. Terdapat dua lisu di tengah belakang yang ditetapkan dengan butang.
frock coatkot frokKesenianTiada1. Kot lelaki paras paha sama ada berbres tunggal atau dubel, sama sendat hingga ke garis pinggang, kemudian mengembang dari garis pinggang ke paha, biasanya berkocek tutup, berbelah bahagian tengah belakang dan berbutang pada garis pinggang. Dipakai dari abad ke-18 hingga ke-19.,2. Jaket sama sendat paras pinggul dipakai oleh wanita pada tahun 1890-an.
ketoprakketoprakMuzikTiada

 Teater opera dari Yogjakarta, Jawa Tengah yang menggabungkan muzik, dialog, lakonan dan tarian. Teater ini wujud pada abad ke-19 dan dipersembahkan di pentas prosenium untuk hiburan rakyat jelata. Ceritanya berkisarkan golongan bangsawan dari Jawa, Arab, China dan Eropah. Ensembel gamelan Jawa mengiringi nyanyian dan cerita dalam teater ini. Keto­prak mempunyai ciri persamaan dalam gaya pementasan de­ngan opera lain yang terdapat di Asia Tenggara seperti stam-bul di Jawa Tengah, ludruk di Jawa Timur, zarzuela di Fili-pina, likay di Thailand, bangsawan di Malaysia d

cravatkravatKesenianTiada1. Tali leher lebar yang dipakai bersama dengan kot pagi oleh lelaki Barat.,2. Tali leher daripada lawn, muslin atau sutera yang diikat kedua-dua hujungnya dengan ikat kupu-kupu atau simpul biasa pada bahagian tengah hadapan dari 1660 hingga akhir abad ke-19, kadang kala dipakai bersama-sama kolar yang berkanji.,3. Tali leher yang dipakai oleh wanita bersama-sama kostum sukan pada tahun 1830-an.
12

Kembali ke atas