Great Trek (South Africa) | Perjalanan Dura Besar (Afrika Selatan) | Sejarah | Tiada | Tiada |
leaf-cutting ant | semut unggis tumbuhan | Biologi | Entomologi | Semut tropika, khususnya genus Atta yang terdapat di Afrika Selatan dan dikenal juga sebagai semut paying. Semut ini memotong daun dan menjunjungnya sehingga kelihatan seperti berpayung. Daun-daun ini dibawa ke dalam sarang bawah tanah dan kemudiannya dilumur dengan liur dan najisnya, dan digunakan sebagai medium untuk pembiakan kulat yang menjadi makanan koloni. |
kaffir | kaffir* | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Istilah yang digunakan di Great Britain bagi saham syarikat perlombongan emas di Afrika Selatan. |
biltong | biltong | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Daging yang dihiris nipis serta panjang dan dikeringkan oleh panas matahari, berasal dari Afrika Selatan. |
heliodor | heliodor | Geologi | Tiada | Sejenis beril yang berwarna kuning keemasan, kuning kehijauan, atau kuning kecoklatan, lut sinar, terdapat di Afrika Selatan, dan sangat berharga sebagai batu permata. |
berg wind | angin berg | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Nama tempatan bagi angin bebadai yang panas dan kering yang bertiup dari dataran tinggi Afrika Selatan. Angin ini ialah sejenis angin fohn. |
bantams | setem katik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem pos yang dicetak dengan saiz yang lebih kecil daripada setem biasa untuk penjimatan kertas seperti yang pernah dikeluarkan oleh Afrika Selatan semasa Perang Dunia Kedua. |
colour bar | beza kulit | Sejarah | Tiada | Halangan atau sekatan ke atas orang yang berwarna daripada melibatkan diri dengan kegiatan politik kulit putih, diskriminasi sosial, dan pekerjaan mengikut ketetapan undang-undang seperti yang diamalkan di Afrika Selatan. |
australopithecus | australopithecus | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Australopithecus bermaksud kera dari selatan. Nama ini diberikan oleh Raymond Dart pada tahun 1924 pada tengkorak yang ditemui di Taung, Afrika Selatan kerana tengkorak tersebut mempunyai ciri kera yang hampir dengan ciri manusia. Australopithecus mempunyai saiz otak yang lebih besar daripada saiz otak cimpanzi walaupun saiz tempurung otaknya sama dengan saiz tempurung cimpanzi. Gigi taring dan gerahamnya hampir sama dengan ciri milik manusia kerana cara mengunyah dari kiri ke kanan dan bukan dari depan ke belakang seperti kera, dan mempunyai susunan gigi yang mendatar seperti gigi manusia. Berdasarkan penemuan di Olduvai, Tanzania, dipercayai Australopithecus telah menghasilkan artifak pebel. Terdapat pelbagai spesies Australopithecus, iaitu A, boisei, A.africanus dan A. robustus. Penemuan tertua di Omo Valley, Ethiopia berusia sekitar tiga juta tahun. |
sanction | sanksi | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hukuman yang dikenakan kerana melanggar undang-undang atau triti. Sanksi termasuklah sekatan ekonomi, sanksi ketenteraan dan pemecatan. Contohnya, Majlis Keselamatan PBB pernah mengenakan sekatan ekonomi dan sanksi ketenteraan ke atas Iraq kerana melanggar Piagam PBB dengan menakluki Kuwait pada 1990. Contoh lain ialah Rhodesia dan Afrika Selatan yang pernah dikenakan sekatan ekonomi sewaktu mereka menjalankan Pengisytiharan Kemerdekaan Satu Pihak (UDI) yang membawa kepada pemerintahan minoriti kulit putih (Rhodesia) dan dasar Aparteid (Afrika Selatan). |