North America Free Trade Agreement (NAFTA) | Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1992 oleh negara Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini mula dilaksanakan pada 1 Januari 1994. Tujuannya adalah untuk menubuhkan zon perdagangan bebas di Amerika Utara dan menghapuskan cukai tarif bagi kebanyakan barangan yang dihasilkan oleh negara yang menandatangani persetujuan tersebut. Perjanjian tersebut menganjurkan penghapusan secara beransur-ansur halangan kepada pelaburan dan pergerakan barangan serta perkhidmatan antara ketiga-tiga negara tersebut dalam tempoh 15 tahun. Antara sektor yang terlibat ialah pertanian, automobil, perkilangan tekstil, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, tenaga dan pengangkutan lori. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dikritik sebagai penyebab kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat kerana banyak industri di negara tersebut telah memindahkan kilang mereka ke Mexico. Pada masa yang sama, perjanjian ini memberi kesan yang negatif kepada ekonomi beberapa buah negara Caribbean yang mengeksport barangan mereka ke |
North American plate | keping Amerika Utara | Geologi | Tiada | Tiada |
North American Nebula | Nebula Amerika Utara | Matematik | Tiada | Nebula pancaran, berukuran kira-kira 2o, yang terletak di dalam buruj Cygnus, dalam kawasan yang sebahagian besar hidrogennya terion, dan dipercayai ada kaitannya dengan bintang raksasa Deneb yang amat cerah. |
North American blastomycosis | blastomikosis Amerika Utara | Biologi | Mikologi | Penyakit yang disebabkan oleh Blastomyces desmatitidis. Penyakit kronik ini ditunjukkan oleh gejala, berupa belur bernanah dan bergranuloma pada bahagian tubuh manusia yang dijangkitinya, biasanya pada kulit dan tulang. |
Medinan | Medinan | Geologi | Tiada | Tahap Amerika Utara: usia Silur Bawah. |
Pennsylvanian | Pennsylvania) | Geologi | Tiada | Kala Amerika Utara pada masa kira-kira 330-290 juta tahun dahulu. |
Leonardian | usia Leonard | Geologi | Tiada | Usia Amerika Utara pada masa geologi kira-kira 275-270 juta tahun dahulu, merupakan sebahagian daripada kala usia Perm. |
Missourian | usia Missouri | Geologi | Tiada | Epok Amerika Utara pada masa geologi yang bermula kira-kira 310 juta tahun dahulu, merupakan sebahagian daripada kala usia Pennsylvania. |
Morrowan | usia Morrow | Geologi | Tiada | Epok Amerika Utara pada masa geologi yang bermula kira-kira 330 juta tahun dahulu, merupakan sebahagian daripada kala masa Pennsylvania. |
Osagean | usia Osagean | Geologi | Tiada | Tahap Amerika Utara pada masa geologi yang berakhir pada kira-kira 355 juta tahun dahulu, merupakan sebahagian daripada kala usia Mississipi. |