fringe theater | teater pinggir | Kesenian | Drama dan Teater | Bentuk persembahan yang bergerak secara kecil-kecilan untuk menegaskan kelainan pemikiran berbanding teater arus perdana. Berbeza dengan teater arus perdana teater pinggir tidak mementingkan panggung tetap dalam usaha membawa seni mereka kepada khalayak. |
avant-garde | avant-garde | Komunikasi | Tiada | Hasil ciptaan kreatif yang bertentangan dengan arus perdana, mempunyai unsur kontroversi dan bersifat curahan rasa peribadi. |
alternative newspaper | surat khabar alternatif | Komunikasi | Tiada | Surat khabar yang menentang pemikiran arus perdana dan pihak berkuasa khususnya bagi golongan pembaca kaum muda yang berasa terpinggir. |
underground film | filem bawah tanah | Komunikasi | Tiada | Filem yang bertentangan dengan konsep filem arus perdana. Filem ini bersifat percubaan,subversif, bohemian dan hanya menarik minat sekumpulan kecil manusia sahaja. Genre filem ini berasal dari Eropah dan wujud di sekitar tahun 1950-an hingga 70-an. sinema bebas. |
counter culture newspaper | surat khabar budaya songsang | Komunikasi | Tiada | Surat khabar yang mempersoalkan nilai-nilai arus perdana masa kini. |
alternative theatre | teater alternatif | Kesenian | Drama dan Teater | Variasi dalam persembahan teater yang memperlihatkan perbezaan daripada teater arus perdana. Teater jenis ini lebih berkonsepkan eksplorasi struktur. Permasalahan dan pemikiran yang hendak disampaikan dalam teater ini akan menentukan variasi yang ingin dicapai. Konsep teater alternatif ini bermula daripada teater pinggir. |
free cinema | sinema bebas | Komunikasi | Tiada | Teknik pembikinan filem yang tidak mengikut sistem biasa oleh pihak penerbit filem arus perdana. |
fringe theatre | teater pinggiran | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang dipersembahkan di luar pusat utama pementasan teater. Contoh pusat utama ialah Broadway (New York), West End (London), Taman Ismail Marzuki (Jakarta), dan Istana Budaya (Kuala Lumpur). Pada mulanya, pementasan teater pinggiran adalah untuk memerikan drama yang dipentaskan di kawasan pinggiran dan bercirikan avante-garde serta antigolongan berkuasa pada tahun 1950-an. Kini, teater ini tidak lagi terhad kepada tema di atas, tetapi turut mempersembahkan drama arus perdana yang boleh diterima umum. Lihat juga grada depan. |