Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Asia Barat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shenaishenaiKesenianTiadaAlat tiup berlelidah kembar dari Asia Barat.
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near EastUNRWASains PolitikHubungan AntarabangsaLihat Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat.
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA))Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia BaratSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA.
folk epicepik rakyatKesusasteraanTiadaNaratif lisan yang dipersembahkan di hadapan khalayak. Sama seperti karya lisan yang lain, epik rakyat tidak mempunyai pengarang yang jelas, dan menjadi sebahagian daripada tradisi rakyat yang disebarkan secara lisan. Kebanyakan epik rakyat disampaikan dalam bentuk puisi atau separa puisi. Biasanya, epik rakyat yang popular dipertingkatkan dan diperhalus menjadi epik tulisan. Contohnya, Epik Ramayana dan Mahabharata bermula sebagai epik rakyat yang kemudian digubah menjadi karya bertulis. Gilgamesh di Asia Barat dan Beowulf di Eropah ialah contoh epik rakyat yang terkenal. Dalam tradisi Melayu, Cerita Maharaja Wana yang menjadi repertoir dalam wayang kulit Siam di Kelantan ialah contoh epik rakyat yang baik. Epik rakyat dikenali juga sebagai epik primer atau epik primitif.
masrimasriMuzikTiada

 Lagu sinkretik sosial Melayu. Masri bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Rentak masri mempunyai persamaan dari segi rentak dengan tarian beledi di Asia Barat. Rentak ini digunakan dalam lagu ensembel ronggeng dan pop nasyid. 

ethopoeticsetnopuitikaKesusasteraanTiadaPerihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Pui
South East Asia Treaty Organization (SEATO)Organisasi Perjanjian Asia TenggaraSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini diasaskan pada tahun 1954 di bawah perjanjian pertahanan kolektif Asia Tenggara. Pakatan ini dianggotai oleh Australia, Perancis, Britain, New Zealand, Amerika Syarikat, Pakistan, Filipina dan Thailand. Ibu pejabatnya terletak di Bangkok. SEATO ditubuhkan dengan pengaruh kuat negara Barat selepas Perancis berundur dari Indochina. SEATO berperanan untuk menghalang kebangkitan pengaruh komunis di Asia Tenggara. Perjanjian ini diperkuat dengan Piagam Pasifik yang menekankan hak rakyat Asia dan Pasifik bagi kesamaan dan hak penentuan diri. Piagam ini juga menekankan hak menentukan perencanaan matlamat ekonomi, sosial serta kerjasama budaya antara negara anggota. Pelibatan kuasa besar di Indochina pada tahun 1973 telah menggugat semangat setia kawan dalam pakatan ini. Akhirnya SEATO dibubarkan pada tahun 1977. Sinonim SEATO.
caucasian raceras kulit putihPerubatanTiadaKumpulan ras yang berkulit cerah, termasuk penghuni asal Eropah, Afrika Utara, dan Barat Daya Asia.
expansionismfaham perluasan kuasaSejarahTiadaFahaman yang menekankan amalan atau polisi pengembangan kuasa melalui penjajahan khususnya bagi negara-negara di Asia Tenggara dan Asia Timur oleh kuasa-kuasa barat dalam abad ke-17 dan ke-18.
hemispherehemisferaMatematikTiadaSetengah bahagian dunia yang dibahagikan kepada utara dan selatan dengan garis khatulistiwa, atau kepada timur yang terdiri daripada Eropah, Asia dan barat yang terdiri daripada Amerika.
123

Kembali ke atas