Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bangunan Sesebuah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
service coreteras perkhidmatanKesenianSeni BinaRuang di dalam sesebuah bangunan yang dibina khas untuk tujuan-tujuan penting. Di bangunan-bangunan tinggi terutamanya, lazimnya terdapat ruangan yang dibina khas untuk menempatkan pelbagai perkhidmatan penting seperti bekalan air, elektrik, telefon, tandas, khidmat pelindung kebakaran, lif serta tangga dari aras bawah hinggalah ke aras bumbung.
building designreka bentuk bangunanKesenianSeni BinaProses merancang dan mereka bentuk sesebuah bangunan untuk memenuhi keperluan ruang, keselesaan penghuni, ciri-ciri estetik dan sebagainya. Dalam perkembangan reka bentuk sesebuah bangunan, pelbagai faktor yang mempengaruhi proses pemilihan sesuatu reka bentuk bangunan, antaranya keperluan pengguna, budaya masyarakat dan kemampuan teknologi.
turretturetKesenianSeni BinaMenara kecil yang dibina secara menegak di dinding sesebuah bangunan. Ia banyak dibina di bangunan-bangunan pada Zaman Pertengahan di Eropah, seperti di istana Medieval.
elevationtampakKesenianSeni BinaPandangan bangunan yang dilihat dari satu kedudukan tertentu. Pandangan ini ialah pandangan yang biasa digunakan untuk menggambarkan penampilan luar sesebuah bangunan. Ia juga menjelaskan bahan dan penyelesaian menyeluruh yang digunakan pada sesebuah bangunan, di samping menjelaskan ukuran bangunan dibandingkan dengan bangunan atau konteks sekelilingnya. Tampak terbahagi kepada beberapa kategori seperti tampak hadapan, tampak sisi dan tampak belakang, biasanya merujuk kepada arah petunjuk kompas.
adaptationadaptasiKesenianSeni BinaPenyesuaian kepada perubahan persekitaran ketika proses mereka bentuk sesebuah bangunan. Contohnya, bangunan Mesiniaga rekaan Dr. Ken Yeng telah diadaptasikan secara langsung daripada persekitaran iklim Malaysia. Contoh lain ialah pembinaan bumbung bangunan Parlimen yang mengadaptasikan reka bentuk bumbung panjang rumah Melayu tradisional di Melaka dengan daya inovasi yang melibatkan teknologi konkrit bertetulang untuk menonjolkan struktur kekuda bumbungnya di bahagian luar.
five foot wayjalan kaki limaKesenianSeni BinaLaluan pejalan kaki di tingkat bawah sesebuah bangunan yang selari dengan jalan raya. Laluan ini boleh memberikan perlindungan kepada pejalan kaki yang melalui kawasan tersebut daripada cahaya matahari dan hujan. Laluan seperti ini banyak didapati di bangunan rumah-rumah kedai dan juga di bangunan-bangunan pejabat.
building heighttinggi bangunanSosiologiTiadaBilangan tingkat sesebuah bangunan yang dikira dari aras tanah di bahagian hadapan bangunan.
building heighttinggi bangunanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBilangan tingkat sesebuah bangunan yang dikira dari aras tanah di bahagian hadapan bangunan.
building technologyteknologi bangunanAlam BinaTiadaAspek yang melibatkan teknik pembinaan, bahan binaan dan perkhidmatan bangunan dalam pembinaan sesebuah bangunan.
building inspectormerinyu bangunanAlam BinaTiadaPegawai daripada pihak berkuasa tempatan yang membuat pemeriksaan sesebuah bangunan untuk memastikan pembinaan dan kegunaan bangunan mengikut peraturan yang ditetapkan.
12345678910...

Kembali ke atas