building extension | bangunan tambahan | Sosiologi | Tiada | Struktur tambahan di luar bangunan yang bersambung dengan bangunan asal. |
aliform | aliform | Kesenian | Seni Bina | Berkaitan dengan bentuk bangunan baharu atau bangunan tambahan yang menyerupai sayap. Contohnya, rekaan bangunan stesen TGV yang terletak di Lyon, Perancis yang menggunakan rekaan konsep metafora seekor burung. Bahagian hadapan bangunan ini runcing seperti bentuk paruh burung, manakala sisi-sisi bangunannya dibina menyerupai sayap burung. |
surcharge wall | dinding tambahan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Dinding kepak yang dibebani oleh berat tambakan di bahagian atasnya untuk memberikan rintangan tambahan. |
surcharge load | beban tambakan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Beban tambahan yang dikenakan pada anggota struktur, khususnya dalam pembinaan tembok penahan. |
increased cost of construction insurance | insurans kos binaan bertambah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans harta yang memberi perlindungan terhadap perbelanjaan tambahan untuk membina semula bangunan yang rosak. Pembinaan semula itu dikehendaki oleh undang-undang dan memerlukan bahan-bahan, khidmat dan teknik yang lebih mahal. |
after charge | caj selepas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Caj tambahan kadar premium insurans kebakaran oleh sebab kekurangan yang ada pada sesebuah bangunan dan kekurangan ini boleh diperbaiki oleh pemilik. Contoh: bangunan tinggi yang tidak mempunyai sistem pemadam kebakaran. |
buttress | sagang | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Bahagian dinding struktur yang diunjurkan untuk memberi kekuatan tambahan selain daripada berfungsi sebagai penyokong. |
fuel contribute rating | kadar sumbangan bahan api | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Ukuran kemampuan bahan binaan yang menyumbangkan tenaga haba tambahan. |
non-load bearing wall | struktur bukan galas beban | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Struktur yang dibina bukan untuk memikul beban tambahan seperti beban hidup atau beban kenaan. Contohnya ialah dinding bata, dinding blok dan sebagainya. |
unoccupied buildings insurance | insurans bangunan tidak didiami | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans perniagaan yang dikeluarkan di bawah insurans kebakaran standard yang melarang kekosongan dan tidak didiami lebih daripada sesuatu masa yang ditetapkan. Kebenaran diberi kepada kekosongan yang tidak ada had dan yang tidak didiami biasanya diberi dalam bentuk yang digunakan di kawasan yang dikawal insurans tanpa sebarang bayaran premium tambahan. Dalam kawasan yang tidak dikawal kebenaran diberikan dengan mengenakan premium tambahan, apabila perlu. |