Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; 2. perdana menteri, wazir; 3. menteri dlm permainan catur; perbendaharaan 1. khazanah (tempat simpanan harta benda negara): pejabat ~; 2. kekayaan (harta benda, barang-barang, dll): jika laksamana itu hidup, seumpama kita mendapat ~ di muka bumi; Imam Hanafi, Maliki, Shafii telah meninggalkan ~ hukum atau undang-undang yg amat banyak kpd kita; ~ kata-kata Melayu keseluruhan kata-kata Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 orang besar yg mengendalikan harta benda negara atau raja. 2 menteri yg menjadi ketua kpd men-teri-menteri lain; perdana menteri. perbendaharaan 1 tempat menyimpan harta benda negara. 2 kekayaan (spt harta benda, barang-barang). ~ kata a. keseluruhan kata yg membentuk sesuatu bahasa. b. kata-kata yg diketahui atau yg digunakan oleh seseorang: Penyusun kamus mestilah mempunyai ~ kata yg luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bendahara


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
honorifichormatanKesusasteraanTiadaUcapan, gelaran, sebutan kehormatan yang diberikan kepada sesuatu tokoh. Contoh: dalam sastera lama gelaran Shah Alam di Rimba untuk Sang Kancil dan gelaran-gelaran orang-orang besar seperti Tun Perak bergelar Bendahara Paduka Raja.
gamelan Melayugamelan MelayuMuzikTiada

 Ensembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang diperkembang di istana Pahang dan Terengganu pada abad ke-19 dan abad ke-20. Pada tahun 1811, satu set gamelan dan penari dari Riau-Lingga telah dihantar ke Pahang untuk meraikan perkahwinan antara keluarga diraja Riau-Lingga dengan keluarga bendahara di Pahang. Pada tahun 1913, gamelan Pahang dan penarinya dipindahkan ke istana Tereng­ganu apabila Tengku Ampuan Mariam, anak perempuan raja Pahang berkahwin dengan Sultan Sulaiman dari Terengganu. Pergerakan tarian, pakaian dan sistem tiunan berbeza dengan tradisi gamelan Jawa. Skel pentato


Kembali ke atas