Malesia | | Pertanian | Tiada | Kawasan geografi di rantau Asia Tenggara yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Timor Leste, Filipina dan Kepulauan Borneo hingga Papua New Guinea. Kawasan ini digunakan untuk merujuk lokasi taburan flora dan fauna di negara-negara tersebut. |
Malesia | Malesia | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kawasan geografi di rantau Asia Tenggara yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Timor Leste, Filipina dan Kepulauan Borneo hingga ke Papua New Guinea. Kawasan ini merujuk kepada lokasi taburan flora dan fauna di negara tersebut. |
belian | belian | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Eusideroxylon zwageri daripada famili lauraceae. Nama lain di Sabah ialah tambulian, dan nama dagangannya di Eropah ialah Borneo ironwood. Gubal kayu belian berwarna kuning cerah, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat muda, dan bertukar menjadi coklat kemerahan apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 835 hingga 1185 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu belian merupakan salah satu kayu yang paling tahan di dunia, sukar diawet dan lambat mengering. Kayu ini kuat, mudah dikerjakan dan dapat menghasilkan permukaan yang berkilau. Kayu ini terpilih dan sesuai untuk dijadikan cerucuk laut, sirap, tiang pakar, lantai tahan lasak, atap rumah, dan untuk kerja binaan berat, bot dan dermaga. |
terasul | terasul | Kesusasteraan | Tiada | Kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba. |