land locked state | negara tanpa laut | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Negara yang tidak mempunyai pantai atau pinggir laut. Antara negara yang bersifat demikian ialah Afghanistan, Austria, Bhutan, Bolivia, Botswana, Chad, Czechoslovakia, Hungary, Laos, Luxembourg, Nepal, Mali, Switzerland, Uganda, Zambia dan Zimbabwe. Semasa Konvensyen Undang-Undang Laut (1982), usaha telah dilakukan untuk memberikan beberapa hak maritim kepada negara tanpa pantai termasuklah yang berkaitan dengan sumber dasar laut. Hak maritim ini termaktub dalam doktrin warisan sejagat. Negara tanpa pantai biasanya mudah terdedah dengan teknik perang ekonomi yang dilancarkan oleh negara jiran yang mempunyai pantai disebabkan kedudukan geografinya. Keadaan ini disebabkan negara jiran berupaya mengawal atau menyekat sebarang barangan atau perkhidmatan yang melalui pelabuhannya daripada sampai ke negara tanpa pantai tersebut. |
tribal politics | politik kabilah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan. |