Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pertubuhan sukarela antarabangsa di negara-negara Islam (yg berlambangkan bulan sabit berwarna merah) yg sama fungsinya dgn Palang Merah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabit
Kata Terbitan : penyabit, menyabit,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
International Red Cross and Red Crescent MovementPergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPergerakan yang ditubuhkan pada tahun 1859 bagi melindungi tentera yang cedera dalam pertempuran. Pergerakan ini kemudiannya membawa kepada pembentukan Konvensyen Geneva Pertama pada 1864 dan seterusnya membawa kepada empat Konvensyen Geneva 1949 dan Protokol Tambahan yang mengandungi undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Pergerakan ini dianggotai oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah nasional, dan Persekutuan Pertubuhan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa. Lihat juga Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
distinctive emblemlambang pembezaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTanda yang diiktiraf oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi membezakan pegawai perubatan dan agama, unit dan pengangkutan perubatan, kakitangan dan harta Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa daripada golongan penempur dan objek ketenteraan. Seseorang yang menyasarkan orang atau objek dengan lambang pembeza telah dikira sebagai melakukan jenayah perang. Seseorang yang menyalahgunakan lambang pembeza juga dianggap telah melakukan jenayah perang. Antara lambang pembeza yang diiktiraf dalam undangundang kemanusiaan antarabangsa ialah palang merah, bulan sabit merah dan kristal merah.
International Movement of the Red Cross and the Red CrescentPBSMSains PolitikTiadaLihat Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.
quasi NGOsepara NGOPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang biasanya disokong oleh kerajaan. Separa NGO bersifat separuh bebas dan berperanan memeriksa serta mengkritik perjalanan pentadbiran, namun dilihat bergerak selari dengan kepentingan dan dasar kerajaan. Contohnya, Persatuan Bulan Sabit Merah, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Dalam pentadbiran awam, terdapat Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Puspanita dan Persatuan Isteri Menteri (BAKTI). Singkatan quango.

International Movement of the Red Cross and the Red CrescentPergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit MerahSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan yang pada mulanya dikenali sebagai Palang Merah Antarabangsa dan kemudiannya bertukar nama pada tahun 1986 bagi merangkumi beberapa cawangan di negara Arab. Pergerakan ini membiayai Persidangan Palang Merah Antarabangsa yang merupakan badan tertinggi dalam pergerakan ini. Badan ini bersidang setiap empat tahun sekali dan anggotanya terdiri daripada wakil setiap Pertubuhan Palang Merah daripada beberapa jawatankuasa antarabangsa. Kini, lebih kurang 175 buah negara mempunyai Pertubuhan Palang Merah. Semua aktiviti pertubuhan ini dibiayai oleh yuran keahlian dan sebilangannya mendapat subsidi kerajaan. Aktiviti pergerakan ini telah berkembang sejak Perang Dunia Kedua dan meliputi pelbagai bidang. Antaranya untuk menjaga kebajikan pelarian akibat peperangan, bencana alam dan konflik etnik di serata dunia, termasuk di Hungary (1956), Somalia (1992), Rwanda (1994) dan Yugoslavia (1990-an). Pergerakan ini juga menyelaras usaha pertolongan antarabangsa dalam bencana alam seperti kejadian angin kencang dan
non-profit organisationorganisasi bukan untungPengurusanPerancanganOrganisasi yang menjalankan aktiviti yang bukan berunsur perniagaan dan tujuan komersial. Organisasi ini berasaskan budaya kesukarelaan dan menyediakan perkhidmatan atau barangan kepada entiti masyarakat yang berkenaan tanpa melibatkan motif keuntungan. Aktiviti boleh dilakukan melalui pertubuhan seperti persatuan, kelab dan badan-badan kesatuan. Tujuan penubuhan organisasi jenis ini adalah untuk memberikan bantuan dan memelihara kesejahteraan masyarakat dan kehidupan yang lain. Organisasi bukan untung ini kebanyakannya terlibat dengan aktiviti seperti bantuan kemanusiaan, keagamaan, pemuliharaan alam sekitar, perlindungan kepenggunaan, pembangunan pendidikan dan kesejahteraan budaya. Contoh organisasi bukan untung ialah Pertubuhan Kebajikan Malaysia (PERKIM) (aktiviti keagamaan), Yayasan Pelajaran MARA (aktiviti pendidikan), Persatuan Bulan Sabit Merah (aktiviti kemanusiaan) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (aktiviti alam sekitar). Sinonim pertubuhan bukan kerajaan.
mistake of lawkesilapan undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKekhilafan mengenai perkara yang melibatkan isu undangundang. Di kebanyakan negara, kesilapan undang-undang tidak boleh dijadikan alasan atau pembelaan oleh tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan undang-undang juga boleh dirujuk sebagai kesilapan seseorang untuk memahami bagaimana sesuatu undangundang terpakai kepada tindakannya yang dibicarakan di mahkamah. Contohnya, seorang penempur yang hanya mengenali palang merah dan bulan sabit merah sebagai lambang pembeza, telah menembak seseorang yang memakai lambang kristal merah yang juga merupakan lambang pembeza. Dalam hal ini, penempur yang mensasarkan orang atau objek dengan lambang pembeza dianggap telah melakukan jenayah. Lihat juga lambang pembeza.

Kembali ke atas