Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bangsa yg nenek moyang mereka berasal dr negeri China (Tiongkok), Tionghua; ~ buta ki lelaki yg menikahi seseorang perempuan yg telah ditalak tiga oleh suami­nya, kemudian diceraikannya supaya perem­puan tersebut dapat berkahwin semula dgn bekas suaminya, muhalil; ~ peranakan a) keturunan orang Cina dgn orang dr bangsa lain; b) = ~ peranakan Malaya orang Cina yg dilahirkan di Malaya; memperjuali orang ~ penjahit prb mengajar orang yg sudah memang pandai; kecinaan yg berkaitan dgn orang atau bangsa Cina: lukisan berus cina menggambarkan estetika ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Cina I

Puisi
 

Sirih cina jambangan cina,
     Lalu dibungkus di dalam kertas;
Saja rupa adik tak bena,
     Di dalam hati haram tak lepas.


Lihat selanjutnya...(181)
Peribahasa

Galas terdorong kepada Cina.

Bermaksud :

Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Gadai terdorong ke [pada] Cina).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bunga cinabunga cinaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga cina.
kelarai bunga cinakelarai bunga cinaKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk bunga cina.
Anglo-Chinois stylegaya Cina-InggerisLandskapTiadaGubahan atur taman ya ng mempunyai kombinasi taman Inggeris dan taman Cina dan popular di Eropah suatu masa lalu. Lihat juga taman Inggeris dan taman Cina.
Chinese operaopera CinaMuzikTiada

 Teater yang berasal dari China dan dibawa ke Malaysia oleh imigran Cina pada abad ke-19 dan abad ke-20. Opera Cina terdiri daripada lakonan, tarian, muzik instrumental dan nyanyian. Teater ini dimainkan semasa perayaan kelahiran dewa-dewi kuil Cina. Terdapat beberapa jenis opera Cina di Malaysia seperti opera Teochiu, Hainan, Hokkien dan Kantonis. Secara amnya, ensembel muzik yang mengiringi opera Cina dibahagikan kepada ensembel sivil yang mengutamakan alat muzik bertali dan ensembel tentera yang terdiri daripada alat genderang seperti gong, simbal, blok kayu dan dram. Contohnya, ensembel sivil yang mengiringi opera Kan­tonis di Malaysia terdiri daripada <i>yiahu, yu

Leptospermum flavescenscina makiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Myrtaceae. Cina maki tumbuh di kawasan hutan tanah tinggi hingga hutan gunung. Dalam habitat semula jadi, tumbuhan ini kerdil dan cabangnya berkerekut seperti bongsai. Batangnya berwarna perang dan liat. Daunnya kecil dan bujur. Bunganya kecil berwarna putih. Sebatian kimianya ialah flaveson dan grandifloron. Rebusan daunnya digunakan untuk membaiki sistem penghadaman, menghilangkan sembelit dan menyingkirkan toksin dalam badan. Minyak pati daripada tumbuhan ini digunakan dalam rawatan aromaterapi.
Chinese kitchenbahagian masakan CinaPentadbiran PerniagaanTiadaBahagian yang menyediakan hidangan masakan cina.
banbanMuzikTiada

 Alat muzik tradisional Cina yang diklasifikasikan scbagai idiofon yang dipukul serentak. <i>Bon i>ialah dua papan kayu kecil yang dipegang dengan kedua-dua belah tangan pemain dan dipukul serentak. Alat muzik ini dimainkan dalam opera Cina dan seni penceritaan masyarakat Cina. <i>Sinonim pan.i>

compradorkompradorSejarahTiadaEgen atau penasihat berbangsa Cina yang dilantik oleh kuasa asing sebagai pengawal pekerja Cina atau orang tengah dalam urusan perniagaan di China.
calligraphykaligrafiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSeni tulisan tangan yang indah, antaranya terdapat dalam tamadun Islam, Roman, Cina, Jepun dan Korea. Kaligrafi Cina dihasilkan dengan menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu haiwan. Kaligrafi Islam dikenali dengan seni khat. Pada zaman tradisi, penulisan kaligrafi Islam menggunakan pena yang mempunyai mata yang lebar dan serong (sama ada kayu atau buluh) dan menggunakan dakwat yang diperbuat daripada kulit buah delima, buah manjakani dan beras. Seni khat Islam terbahagi kepada khat Thuluth, Kufi, Diwani, Nasakh dan al-Riqaah berdasarkan kepada bentuk tulisan. Di Alam Melayu, kaligrafi tradisi dapat dilihat pada surat-surat sultan, kitab-kitab agama dan hikayat Melayu. Batu Bersurat Terengganu (1303 M) dan Batu Bersurat Syeikh Ahmad Majnun (1464 M hingga 1467 M) menggunakan khat Kufi. Sinonim seni khat.
tarian singatarian singaMuzikTiada

Tarian masyarakat Cina yang melambangkan keharmonian, keamanan dan kebahagiaan. Tarian ini dipersembahkan bagi merayakan Tahun Baru Cina, pembukaan perniagaan baru, majlis perkahwinan dan majlis meraikan tetamu kehormat. Penari pertama menggerakkan kepala singa manakala penari kedua pula menggerakkan badan singa tersebut. Tarian ini diiringi ensembel yang terdiri daripada <i>luo i>(gong), <i>bo i>(simbal) dan <i>shigu i>(dram besar).

12345678910...

Kembali ke atas