gelam bukit | gelam bukit | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Leptospermum flavescens daripada famili Mytaceae. Nama tempatannya di Semananjung ialah cina maki. Gubal kayu gelam bukit berwarna coklat muda, dan berbeza daripada teras kayunya yang mempunyai jalur berwarna coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dan sekata, dengan ira yang berpilin atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 995 kg/m3, dan kayu ini tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini hanya sesuai digunakan sebagai hanya sesuai digunakan sebagai hulu alat dan barang-barang kayu kecil, kerana saiz pokok gelam bukit kecil dan batangnya tidak lurus. |
oriental landscape | landskap oriental | Landskap | Tiada | Persekitaran yang mempunyai ciri-ciri rupa bumi yang terdapat di negeri Cina dan Jepun seperti bukit-bukau, batu kapur, tasik, seni bina Pagoda dan tumbuhan seperti janda merana (Salix sp.), pokok ru (Juniperus sp.) dan sebagainya. |
MGR | podo | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu lembut. Nama piawai bagi kayu Podocarpus spp. daripada famili Podocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah jati, kebal musang, ru bukit, dan setada, di Sabah ialah kayu cina, lampias, dan rampayan, dan di Sarawak ialah landin. Spesies utama kayu ini termasuk Podocarpus polystachyus, P. neriifolius, dan P. wallichianus. Gubal dan teras podo sukar dibezakan, dan biasanya berwarna kuning muda atau coklat keemasan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu lembut. Kayu ini mudah dikerjakanb dan dikeringkan, tetapi tidak tahan jiga digunakan di kawasan terdedah. Kayu podo digunakan untuk hiasan dalaman, papan panel, perabot mahal, dan papan lapis hiasan. |