guanidine | guanidina | Bioteknologi | Tiada | Agen antivirus, (H2N)2C═NH. Garam guanidina, misalnya guanidina hidroklorida (H2N)2C═NH2+Cl-, dapat merencatkan beberapa jenis pikornavirus, termasuk poliovirus, secara memilih dalam sistem kultur tisu. Guanidina juga berupaya merencatkan biosintesis RNA virus. Bahan ini jarang digunakan sebagai agen terapeutik disebabkan pembentukan mutan yang rintang terhadapnya. |
drug elimination | penghapusan ubat | Perubatan | Tiada | Penyingkiran ubat dari badan sama ada secara metabolisme atau perkumuhan melalui organ tertentu. Kadar penghapusan ubat dapat diukur dengan menentukan nilai pembersihan (Cl) melalui kajian farmakokinetik. |
anion exchange capacity | keupayaan pertukaran anion | Pertanian | Agroteknologi | Jumlah anion boleh tukar yang berupaya diserap oleh tanah. Unitnya ialah milisetara per 100 gram (mEq/100 g) tanah. Contoh anion boleh tukar ialah Cl-1, NO3-1 dan SO4-2. Tanah yang tinggi keupayaan kadar pertukaran anion biasanya mengandungi banyak bahan liat atau bahan organik dan boleh menyimpan nutrien. |
arterial blood gases | gas darah arteri | Perubatan | Tiada | Kandungan gas dan bahan kimia dalam darah arteri. Penentuan kandungan dilakukan bagi gas oksigen (O₂), karbon dioksida (CO₂), bikarbonat (HCO₃-), pH (H+), natrium (Na+), kalium (K+), klorida (Cl-) dan laktat untuk menentukan status darah sama ada dalam keadaan keseimbangan asid-bes atau sebaliknya. |
frequency | frekuensi | Kimia | Tiada | Bilangan kitaran, ayunan atau getaran, simbol ƒ atau v, yang berlaku pada setiap saat bagi sesuatu sistem yang berkala. Frekuensi disukat dalam unit Hertz atau s-1. Freukensi gelombang bersamaan dengan Cl ialah panjang gelombang). |
available element | unsur tersedia | Pertanian | Agroteknologi | Unsur-unsur yang boleh diserap oleh akar tanaman bagi merangsang dan menggalakkan pertumbuhannya. Unsur ini biasanya terdapat dalam bentuk ion yang larut dalam air tanah seperti nitrat (NO3), sulfat (SO4) dan klorin (Cl). Unsur ini berbeza dengan unsur yang terikat pada butiran tanah yang tidak dapat diserap oleh tumbuhan. Kandungan unsur tersedia dipengaruhi oleh pH tanah. Dalam keadaan berasid, unsur tersedia adalah rendah berbanding dengan keadaan pH yang tinggi. |
drug clearance | pembersihan ubat | Perubatan | Tiada | Kadar perkumuhan ubat dari darah yang didefinisikan sebagai isi padu darah yang dibersihkan daripada sesuatu ubat dalam satu unit masa. Ia bergantung kepada fungsi organ perkumuhan seperti ginjal dan hepar. Nilai pembersihan sesuatu ubat yang ditandai dengan Cl didapati melalui kajian farmakokinetik. |
potassium | kalium | Veterinar | Tiada | Simbol: K. Unsur logam berwarna perak lembut yang diperlukan oleh haiwan. Dalam haiwan, aliran ion K+ dan Na+ merentasi membran sel saraf yang bertanggungjawab untuk perubahan keupayaan elektrik bersama-sama pemindahan impuls saraf. Unsur ini juga berinteraksi dengan ion Cl- dan HCO3-. Unsur ini penting dalam imbangan asid-bes dan tekanan osmosis, terlibat dalam pengeluaran insulin dan sintesis protein. Kekurangan unsur ini boleh menyebabkan pertumbuhan terencat, paralisis, jantung dan ginjal membengkak. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada molases dan dedaun hijau. Pemberian unsur ini secara berlebihan boleh mengganggu penyerapan magnesium. |