CR (control register) | CR (daftar kawalan) | Teknologi Maklumat | Tiada | Daftar dalam unit kawalan yang mengandungi arahan dan maklumat lain untuk dihantar kepada peranti perisian. |
CR (carriage return) | CR (kembalian penyorong) | Teknologi Maklumat | Tiada | Aksara kawalan yang memberitahu komputer atau pencetak untuk kembali ke titik awal baris berikutnya. |
chromium | kromium | Kimia | Tiada | Unsur logam peralihan dalam kumpulan VIB (atau 6) jadual berkala, simbol Cr, nombor atom 24, berat atom 51.996, nombor pengoksidaan +2, +3 dan +4, takat lebur 1900oC, takat didih 2672oC, berbentuk logam keras berwarna kelabu, tahan kakis, bersifat karsinogen, larut di dalam asid (kecuali asid nitrik) dan alkali yang kuat, tetapi tidak larut di dalam air, sebatiannya mempunyai warna yang terang dan pelbagai, dan terdapat empat bentuk isotop yang stabil. Sumber semula jadi kromium ialah bijih kromit. Kromium disediakan secara proses termit atau secara penurunan kromit dengan menggunakan karbon. Kromium digunakan untuk membuat aloi dan keluli kalis karat. |
reduced third virial coefficient | pekali virial ketiga terturun | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pekali virial ketiga yang dibahagi dengan pemboleh ubah tertentu untuk menjadikannya tidak bermatra CR dan diungkapkan sebagai dengan C = pekali virial ketiga, s = garis pusat perlanggaran, NA = nombor Avogadro. |
heavy metals | logam berat | Biologi | Ekologi | Unsur-unsur yang mempunyai berat molekul yang tinggi, yang pada amnya beracun pada tumbuhan dan haiwan, walaupun dengan kepekatan yang rendah. Logam-logam ini biasanya merupakan sisa sekitaran, dan menunjukkan pengumpulan biologi. Misalnya, raksa (Hg), kromium(Cr), kadmium (Cd), arsenik, plumbum (Pb), zink (Zn), tembaga (Cu), dan ferum (Fe). |
YUV | YUV | Teknologi Maklumat | Tiada | Model warna yang digunakan untuk pengekodan video. Y adalah keluminansan isyarat hitam dan putih. U dan V merujuk perbezaan warna isyarat. U adalah merah minus Y (R-Y), dan V adalah biru minus Y(B-Y). Data YUV perlu ditukarkan kepada RGB melalui proses yang disebut "penukaran ruang warna" sebelum boleh dipaparkan pada skrin komputer. Model YUV ini digunakan kerana penjimatan ruang storan dan penjimatan lebar jalur penghantaran berbanding RGB. YUV adalah setara secara matematik dengan RGB dan bukannya pemadatan RGB. Juga dikenali sebagai video komponen. YUV ditulis dalam pelbagai cara iaitu: (1) Y, R-Y, B-Y, (2) Y, Cr, Cb dan (3) Y, Pa, Pb. |
optical disk | cakera optik | Teknologi Maklumat | Tiada | Media storan sekunder yang menyimpan data menggunakan pancaran laser di atas permukaan cakera yang diperbuat daripada plastik. Cakera optik menyimpan data digital seperti perisian, filem, video, muzik atau teks. Cakera optik memiliki kelebihan seperti kapasiti simpanan yang lebih besar, tidak menghadapi risiko kepala tulis/baca terhempas ke atasnya, jangka hayat yang lama (sekitar 30 tahun), tahan suhu panas dan sejuk yang melampau, dan kalis sinar-X. Cakera optik adalah nama generik bagi WORM, CD, CD-ROM, DVD-ROM, DVD-Video, CD-R, DVD-R, CD-RW, DVD-RAM, DVD-RW dan MO (magneto-optic). WORM, CD, CD-ROM, DVD-ROM dan DVD-Video adalah cakera optik baca-sahaja yang telah dirakam pada masa pengeluarannya dan tidak boleh di padam. Manakala kandungan CD-R, DVD-R, dan magneto-optic (dalam mod WORM) dirakam oleh pengguna dan tidak boleh dipadamkan. CR-RW, DVD-RAM, DVD-RW dan cakera MO (magneto-optic) boleh dirakam dan dipadamkan berulang kali. Banding cakera magnetik. |