Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
FRIM
Definisi :
akronim bagi Forest Research Institute Malaysia (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia).
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
FRIM
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(1)
Istilah Bahasa Melayu
(5)
Pengesahan Bahasa
(1)
Khidmat Nasihat
(11)
Artikel Majalah
(2)
Ensiklopedia
(2)
Buku
(6)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Istilah Bahasa Melayu
Istilah Sumber
Istilah Sasar
Bidang
Subbidang
Huraian
Herbarium
Herbarium
Pertanian
Tiada
Tempat untuk menyimpan sampel bahagian-bahagian tumbuhan yang dikapit, dikeringkan dan dilekapkan dan disimpan mengikut sistem pengkelasan tertentu. Fungsinya adalah sebagai sumber rujukan, penyelidikan dan pendidikan. Contoh Herbarium di Malaysia adalah di
FRIM
, MARDI, UM, UKM dan UPM.
arboretum
arboretum
Herba
Botani dan Bioteknologi
Kawasan khas yang ditanam dengan pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan. Tumbuhan di pusat ini ditanam untuk tujuan penyelidikan, pendidikan, perhiasan dan pemuliharaan. Contohnya, arboretum buah-buahan hutan, buluh dan dipterokarpa di
FRIM
, dan arboretum buah-buahan nadir dan herba di MARDI.
Gen bank
Bank gen
Pertanian
Tiada
Tempat penyimpanan baka setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka yang disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai germplasma. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk iaitu ladang, arboretum dan tanam botani. Contohnya arboretum MARDI,
FRIM
dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan tuber. Penyimpanan seperti ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangkamasa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap
FRIM
.
gene bank
bank gen
Herba
Botani dan Bioteknologi
Tempat penyimpanan baka bagi setiap jenis tumbuhan yang ingin dilindungi atau dipulihara daripada kepupusan. Baka disimpan dalam bentuk tumbuhan hidup dan bahagian tumbuhan yang boleh dibiakkan semula. Tujuan penyimpanan adalah untuk pembiakan, penyelidikan dan pendidikan. Koleksi genetik yang disimpan dikenali sebagai plasma germa. Bank gen boleh diwujudkan dalam dua bentuk, iaitu ladang, arboretum dan taman botani. Contohnya, arboretum MARDI,
FRIM
dan Taman Botani Putrajaya. Genetik tumbuhan juga boleh dipulihara dalam bentuk biji benih, rizom, umbisi dan ubi. Penyimpanan ini dilakukan di bilik yang terkawal dari segi suhu dan kelembapannya. Jangka masa penyimpanan adalah lebih lama. Contohnya, bank biji benih padi MARDI dan spesies dipterokap
FRIM
.
herbarium
herbarium
Herba
Botani dan Bioteknologi
Koleksi sampel tumbuhan yang telah ditindih dan dikeringkan. Tumbuhan ini ditampal pada kertas keras dan tebal. Setiap helaian tersebut dikenali sebagai spesimen herbarium. Maklumat mengenai nama tumbuhan, lokasi dan tarikh kutipan serta nama individu yang mengutip sampel dicatatkan pada label spesimen. Label ditampal di sebelah kanan bucu atas helaian kertas tersebut. Spesimen ini disusun mengikut famili tumbuhan dan disimpan di dalam kabinet di bilik khas. Contohnya, herbarium di
FRIM
, MARDI, UKM, UPM dan UM.
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...