generating function | fungsi penjana | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fungsi tenaga Gibbs G atau G/RT (R = pemalar gas semesta, T= suhu) yang boleh menerbitkan fungsi lain jika fungsi G atau G/RT diketahui. Kesemua kajian termodinamik bertumpu kepada pengetahuan G atau G/RT. |
G-clamp, G-cramp | apit-G | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat kerja kayu daripada logam yang berbentuk G yang digunakan untuk mengapit benda kerja pada meja semsa menggergaji, memahat atau mengukir, atau untuk mengapit kayu-kayu kecil yang hendak diperekat. gambar (Apit G) |
Gibbs energy | tenaga Gibbs | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tenaga termodinamik yang berfungsikan suhu T dan tekanan P sebagai G = G (T, P). Ia dihubungkan dengan sifat termodinamik utama (entalpi H, suhu T, dan entropi S) sebagai G = H � T S. |
Fair-Geyer correlation | korelasi Fair-Geyer | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Korelasi yang meramalkan halaju minimum pengaliran buburan tanpa pemendapan zarah yang diungkapkan sebagai um = � [Kd (gp - g)/g]1/2, dengan um = halaju minimum, g = ketumpatan spesifik cecair, gp = ketumpatan spesifik zarah, d = garis pusat zarah, � = pekali Chezy. Pekali Chezy bagi ampaian pepejal di dalam air yang diramalkan sebagai � = 1.49 R1/6/e, dengan R = jejari zarah, e = faktor kekesatan permukaan pepejal. |
canonical form | bentuk berkanun | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fungsi seperti tenaga Gibbs yang diketahui bersandarkan tekanan P dan suhu T. Fenomenon ini dijelaskan sebagai G = G(T, P). Bentuk berkanun bagi fungsi tenaga Gibb diungkapkan sebagai dG = V dP � S dT, dengan V = isi padu, S = entropi. |
Hyper-G | Hiper-G | Teknologi Maklumat | Tiada | Versi teknologi pelayan web yang dipertingkat yang menyediakan banyak ciri lanjutan termasuklah kekonsistenan pautan dan kebolehan menggelintar berbilang pelayan. Pelayar web biasa boleh mencapai pelayan hiper-G manakala pelayar hiper-G boleh mencapai pelayan web yang lain seperti pelayan Gopher. Sesetengah pelayar hiper-G seperti Harmony dan Amadeus membenarkan pengeditan laman web. Hiper-G ialah superset kepada teknologi Gopher Internet. Hiper-G dibangunkan di Graz University of Technology di Austria pada awal tahun 1990. |
G-C content | kandungan G-C | Sains Forensik | Tiada | Peratus guanina dan sitosina dalam asid nukleik. Kandungan G-C boleh dikira dengan menggunakan formula [(G+C)/ (A+T+G+C)] 100%. Nilai ini berbeza di dalam genom dan juga antara organisma yang berbeza yang boleh memberikan maklumat dalam penyiasatan jenis DNA dan organisma yang berlainan. |
kandis | kandis | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Garcinia spp. daripada famili Guttiferae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah asam gelugur, lulai, dan manggis hutan, di Sabah ialah bebata, dan di Sarawak ialah sikop. Beberapa spesies utamanya termasuk Garcinia atroviridis, G. bancana, G. cowa, G. forbesii, G. griffithii, G. malaccenis, dan C. fortifolia. Gubal kayu kandis sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kemerahan atau merah coklat tua. Bagaimanapun, warna teras kayunya berbeza-beza mengikut spesies. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 690 hingga 1120 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat hingga amat berat. Kayu kandis berat dan agak sukar dikerjakan, kerana mempunyai mendapan silika dalam beberapa spesiesnya, sederhana tahan dan mudah diserang anai-anai. Kayu ini digunakan untuk membuat tiang pagar dan kayu jaras. Spesies yang lebih berat dan lebih tahan digunakan untuk membuat jambatan sementara. |
normal subgroup | subkumpulan normal | Matematik | Tiada | Subkumpulan N bagi kumpulan G di mana setiap ungkapan g-1ng adalah dalam N bagi setiap g dalam G dan setiap n dalam N. |
g�tterd�mmerung | g�tterd�mmerung | Kesusasteraan | Tiada | Karya sastera yang bertemakan keruntuhan dan kemusnahan dunia yang diiringi oleh keganasan yang menggugat ketamadunan manusia. Kekalahan tentera Austria dan rusia di Austerlitz yang dilukiskan oleh Tolstoy dalam karyanya War and Peace disebut g�tterd�mmerung. G�tterd�mmerung berasal daripada perkataan Jerman yang bermaksud �senja kala dewa-dewa�. |