form line | garis bentuk | Geografi | Tiada | Garisan yang dilukis di atas peta kerana kekurangan maklumat untuk melukiskan garisan kontur. |
circulation | edaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pengamiran garisan bagi tangen komponen halaju di atas satu garisan kontur tertutup C yang kesemuanya terendam di dalam medan sesuatu bendalir yang dijelaskan sebagai G = �c u d l, dengan G = edaran, u = halaju, l - jarak di sepanjang kontur C. Konsep edaran ialah kriteria untuk mengenal pasti rejim aliran. |
topographic map | peta topografi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Peta yang mengandungi huraian secara terperinci bagi sesuatu kawasan yang khusus. Peta ini mengandungi perincian kedudukan dan sistem sungai, nama bandar atau penempatan, jalan raya dan keadaan muka bumi. Peta topografi juga mengandungi garisan kontur yang menggambarkan keadaan tinggi atau rendah tanah. Dalam arkeologi, peta topografi amat penting kerana memberikan gambaran lingkungan tapak kajian dan hubungannya dengan data. |
Stokes� integral theorem | teorem pengamiran Stokes | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Teorem untuk menukarkan kuantiti atau fungsi (katakan halaju u) yang berdasarkan satu kontur atau garisan kepada kuantiti yang berdasarkan keluasan yang dirangkumi oleh kontur tersebut menurut persamaan berikut: �t u dl = � �s (n . ikal u) dS, panjang l = panjang kontur, S = keluasan, n = unit vektor normal terhadap permukaan S, u = halaju. |
borrow-pit method | kaedah pelubang pinjam | Landskap | Tiada | Salah satu kaedah yang digunakan bagi mengira isi padu tanah yang akan dipotong dan ditambah dalam kerja menggredkan tanah. Kaedah ini menggunakan helaian grid berskala tertentu yang diletakkan di atas pelan kontur. Pengiraan perbezaan ketinggian kontur asal dan ketinggian kontur cadangan dibuat pada titik yang garisan gridnya bersilang. Kaedah ini juga dikenali dengan nama kaedah grid. |
contour | kontur | Pertanian | Tiada | Garisan yang dilukis pada peta unutk menggabungkan atau menunjukkan tempat-tempat yang sama tinggi kedudukannya dari paras laut. |
contour | kontur | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Garisan yang dilukis pada peta unutk menggabungkan atau menunjukkan tempat-tempat yang sama tinggi kedudukannya dari paras laut. |
isocount contours | kontur sebilang | Kejuruteraan | Tiada | Garisan lengkung yang diperoleh daripada persilangan satu siri permukaan sebilang dengan permukaan tertentu. |
isopulse contours | kontur sedenyut | Kejuruteraan | Tiada | Garisan lengkung yang diperoleh daripada persilangan satu siri permukaan sebilang dengan permukaan tertentu. |
energy contour | kontur tenaga | Fizik | Mekanik | Peta yang menunjukkan garisan sama tenaga yang koordinat-koordinatnya adalah parameter-parameter fizik sesuatu sistem yang menggambarkan berbagai-bagai-bagai keadaan sistem tersebut. |